Saya dan Public Gold

Saya dan Public Gold

KENAPA SAYA PILIH PUBLIC GOLD DARIPADA BANYAK SYARIKAT EMAS DI MALAYSIA??

Begini. Saya tiada masalah menyimpan wang. Tetapi saya ada masalah mengekalkan wang simpanan saya. Nampak bezanya? Saya suka menyimpan duit sejak dari bangku sekolah lagi. Saya kekalkan budaya tu sehingga ke peringkat universiti.

Setiap bulan, saya akan dapat duit daripada MARA. Saya akan asingkan dulu untuk simpanan. Selebihnya saya belanja. Sekarang baru saya tahu bahawa kaedah saya tu betul. Memang itu lah yang disarankan oleh pakar-pakar kewangan sama ada dalam mahupun luar negara. Mereka juga sarankan simpanan mestilah tidak kurang daripada 10%. Saya betul lagi bahagian ni. Saya simpan lebih 30%!

PENDAPATAN – SIMPANAN = BELANJA

Saya kurang boros. Saya tahan keinginan-keinginan kecil saya tu. Sebabnya saya nak ada duit simpanan yang banyak. Selain sebagai dana kecemasan jika berlaku apa-apa yang memerlukan duit dalam jumlah yang banyak. Ma shaa Allah saya betul lagi dalam satu perkara dalam kewangan. Kita disarankan mempunyai dana kecemasan sebanyak 3-6 bulan gaji. Setahun lebih bagus. Saya buat ini semua tanpa saya tahu peraturan kewangan yang sebenarnya. Tetapi alhamdulillah saya di jalan yang benar.

Seperti yang saya katakan, saya kurang boros. Tetapi, saya ada masalah boros dalam skala yang besar. Maksudnya, saya akan gunakan duit simpanan saya untuk memenuhi keinginan-keinginan besar saya. Walaubagaimanapun, duit saya tak habis. Tetapi, perasaan selepas berbelanja tu seperti ada yang tak kena. Sudah tentu saya seronok bila dapat benda yang saya inginkan. Tetapi, ada perasaan lain juga pada masa tu.

Saya rasa penat lelah saya menyimpan sebelum ini hangus begitu sahaja. Duit saya dah berkurang. Saya semakin ‘miskin’. Masa tu saya terfikir, “Macam mana aku nak simpan duit ni supaya tak bocor?”. Saya percaya bila Allah dah tahu kita bersedia, Dia akan buka jalan. Dia akan mudahkan.

Bila Allah dah tahu kita bersedia, Dia akan buka jalan. Dia akan mudahkan.

Suatu hari tu, saya scroll Instagram. Tiba-tiba jari saya terhenti dari terus scroll homepage Instagram tu. Ada satu posting yang sangat menarik perhatian saya. Kawan saya yakni Introducer saya selepas itu dan sahabat dealer saya sekarang ini (En. Syarif Jamil) yang muatnaik posting tersebut. Gambar tu cukup untuk saya katakan yang saya jatuh cinta dengan emas (Sebab sebelum itu, saya dah mula tertarik dengan emas. Baca kisah saya dan emas DI SINI). Bukan gambar emas. Tetapi, penjelasan tentang manfaat emas. Saya kongsikan di bawah:

Saya tak pernah tahu yang emas mampu memberikan manfaat sebegini rupa. Bayangkan kos haji menurun sebanyak 80%! Kita untung 80% kawan. Sebelum ni bila cakap pasal emas, yang saya tahu cuma perhiasan untuk kaum wanita. Dan harganya mahal. Rupa-rupanya emas lebih dari itu. Terlalu banyak manfaat simpan emas rupanya.

Sebelum saya beli sesuatu, saya akan cari maklumat yang mampu yakinkan saya untuk beli. Saya cari siapa Public Gold ni? Emas apa mereka jual? Bagaimana jual beli dengan mereka? Selamat atau tidak? Lebih penting, sebagai Muslim kita wajib memilih transaksi dan jual beli yang disahkan patuh syariah. Public Gold patuh syariah ke? Selepas berpuas hati dengan kredibiliti Public Gold, saya terus buat keputusan untuk simpan emas dengan mereka. Saya kongsikan kenapa emas Public Gold merupakan pilihan terbaik untuk simpanan dan pelaburan DI SINI.

Alhamdulillah beginilah cerita bagaimana saya jumpa Public Gold. Saya bersyukur Allah temukan saya dengan instrumen dan syarikat yang betul untuk mengelakkan kebocoran wang saya. Saya sarankan sahabat pembaca juga cepat-cepat selamatkan sebahagian kekayaan dalam bentuk emas. Emas dapat membantu mengawal boros! In shaa Allah.

 

© Zareen Naqiyah (PG00131385)

 

Kongsikan Kepada Rakan Anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp Saya Nak Simpan Emas!