BAGAIMANA CARA BELI EMAS SECARA OUTRIGHT PURCHASE?
Public Gold sediakan kaedah belian yang sangat mudah untuk digunakan. Bersesuaian dengan perkembangan teknologi yang semakin rancak kini, Public Gold juga tidak ketinggalan. Semua kaedah pembelian item emas boleh dilakukan secara online sahaja.
Langkah pembelian secara Outright atau Normal Purchase ini boleh diikuti oleh kedua-dua penyimpan emas sedia ada ataupun bakal penyimpan emas yang baru. Saya ringkaskan langkah-langkah pembelian di bawah ini. Anda cuma perlu ikut sahaja langkah demi langkah.
Jika sahabat tak yakin nak buat sendiri, boleh WhatsApp saya di +60135245899. Saya bantu anda miliki aset berharga ini. Saya cuma perlukan butiran seperti berikut:
- Nama penuh (seperti dalam ic) :
- No. IC :
- Emel :
- No. Telefon :
- Pekerjaan :
- Item emas :
- Cawangan pilihan (untuk ambil emas) : Boleh pilih DI SINI.
- Introducer : Siti Zareen Naqiyah binti Zool Ambia (PG00131385)
LANGKAH PERTAMA (Akses Website Public Gold)
Pergi ke website rasmi Public Gold dan klik Login.
LANGKAH KEDUA (Pendaftaran Akaun)
1. Klik Register Account jika anda masih belum mempunyai akaun Public Gold.
2. Jika anda sudah mempunyai akaun Public Gold, masukkan username dan password anda dan klik Log in.
3. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran akaun (bagi anda yang sudah ada akaun Public Gold, terus ke langkah ketiga). Semasa pendaftaran akaun, anda diminta untuk memasukkan PG Code introducer yang memperkenalkan anda kepada Public Gold. Introducer ini sangat penting untuk anda mendapat bimbingan sepanjang menyimpan emas. Jika anda ingin menjadikan saya sebagai introducer, DAFTAR DI SINI. Pastikan PG Code saya betul dan nama saya terpapar di skrin.
4. Selepas klik butang submit, anda akan dapat mesej seperti di bawah ini. Tahniah! Akaun anda sudah berjaya didaftarkan. Public Gold akan emel anda berkenaan pendaftaran akaun ini.
LANGKAH KETIGA (Membuat Order)
1. Login akaun Public Gold anda dan klik Order.
2. Klik Purchase Order.
LANGKAH KEEMPAT (Pilih Emas)
Pilih item emas yang ingin dibeli dan klik Add to cart.
LANGKAH KELIMA (Add to Cart)
Masukkan kuantiti emas yang ingin dibeli dan klik Add to cart.
LANGKAH KEENAM (Pergi ke Halaman Cart)
Klik butang Cart di penjuru kanan.
LANGKAH KETUJUH (Kemaskini Cart)
Semak dan pastikan butiran tentang item emas yang ingin dibeli, jumlah dan harganya betul. Jika anda ingin menukar jumlah emas, anda hanya perlu ubah di bahagian quantity. Klik update cart dan proceed to next page.
LANGKAH KELAPAN (Pembayaran)
- Pilih cawangan Public Gold untuk anda mengambil emas. Contohnya Sungai Petani, Kedah.
- Pilih cara bayaran secara Full Payment.
- Pilih Myself untuk order diri sendiri atau Third Party untuk order bagi pihak orang lain. Masukkan PG Code atau ID pihak ketiga tersebut dan klik Search. Pastikan nama pihak ketiga itu betul.
- Tanda kotak I Agree and Understand of the Terms & Conditions.
- Semak butiran sekali lagi dan klik Confirm and Proceed to Payment.
(Nota: Di bahagian Remark, tulis FB Live (tarikh) untuk menyertai cabutan bertuah sekiranya tarikh anda beli emas adalah dalam tempoh promosi FB Live berlangsung atau; tulis apa-apa yang anda nak beritahu staf Public Gold atau; biarkan kosong)
6. Mesej ini menandakan order anda sudah berjaya dibuat. Klik Continue to Payment Page. Anda akan menerima invois dari Public Gold melalui emel.
LANGKAH KESEMBILAN (Kaedah Bayaran)
Terdapat tiga kaedah bayaran yang disediakan oleh Public Gold:
- FPX (Online Payment) –> Paling mudah!
- BANKING (Upload Bank Payment Proof)
- WHATSAPP (WhatsApp bukti bayaran terus pada staf)
a) Jika anda pilih FPX atau BANKING
Anda pilih sahaja mana-mana kaedah yang memudahkan anda untuk membuat bayaran, klik Proceed dan ikut langkah selanjutnya.
Jika anda masih belum membuat bayaran selepas order, anda boleh berbuat demikian dengan klik:
- My Account
- My Order
- ID (CSO) Number
b) Jika anda pilih untuk WhatsApp staf
Sila hubungi staf preferred branch anda (semak di bahagian My Account -> Account Info kalau tak pasti). Dalam mesej anda, sila sertakan butiran-butiran ini:
- Bukti bayaran
- PG Code
- Order Number anda yang bermula dengan CSO…
Setelah anda membuat bayaran, sila tunggu bayaran untuk order anda dikemaskini dalam sistem. Sila berikan masa selewat-lewatnya 48 jam waktu bekerja untuk proses kemaskini.
LEBIH SUKA TONTON VIDEO?
Seteleh selesai membuat order, ikut langkah kesembilan di atas untuk membuat pembayaran.
CARA AMBIL EMAS
Bagi proses pengambilan emas, anda boleh hubungi cawangan yang telah anda pilih tadi untuk menetapkan tarikh dan masa dengan staf di sana. Anda boleh mendapatkan nombor telefon dan alamat cawangan Public Gold DI SINI.
Disebabkan Covid-19, anda perlu set appointment dulu sebelum ke cawangan. Ikut saja langkah mudah dalam video di bawah ini ya.
Mudah saja kan nak beli emas Public Gold? Selamat berjaya! (Jika anda tak yakin untuk order sendiri, boleh hubungi saya melalui WhatsApp di +60135245899 dan berikan maklumat yang diperlukan seperti di atas).
© Zareen Naqiyah (PG00131385)