“MACAM MANA SAYA NAK PASTIKAN PUBLIC GOLD NI BUKAN SCAM?”
Ada juga sesekali saya dapat pertanyaan macam ni. Maklumlah dari dulu sampai sekarang, ada saja kes-kes Skim Cepat Kaya yang bertopengkan emas. Kerugian yang dialami bukannya sedikit. Puluhan ribu hingga ratusan ribu ringgit! Habis titik peluh yang dikumpul dan disimpan selama ini lesap dalam sekelip mata.
Jadi, saya puji tindakan sahabat yang bertanya begini. Ini bermaksud sahabat semua berhati-hati dalam memilih syarikat untuk memulakan simpanan ataupun pelaburan emas. Di bawah ini saya kongsikan 10 informasi yang boleh menghilangkan kegusaran anda terhadap bisnes yang dijalankan oleh Public Gold.
1. Syarikat Pelaburan Emas Terbesar di Malaysia Sejak 2008
Public Gold (PG) yang ditubuhkan pada 23 Mei 2008 merupakan syarikat pelaburan emas fizikal terbesar dan nombor 1 di Malaysia. Headquarters (HQ) PG terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan PG mempunyai 17 cawangan di seluruh Malaysia. Emas yang dikeluarkan oleh PG adalah emas tulen berketulenan 999.9 (fine gold) yang ditempa di kilang Nadir Metal Rafineri, Turki (untuk emas London Bullion Market Association – LBMA) dan juga di kilang di Pulau Pinang (untuk emas BungaMas). Nadir Metal Rafineri bukan calang-calang syarikat. Mereka merupakan salah satu ahli LBMA. Bukan mudah syarikat emas nak dapat pengiktirafan ini. Cuma ada 143 buah syarikat di seluruh dunia yang memiliki pengiktirafan ini.
Logikkah sebuah syarikat scam mempunyai emas keluaran sendiri, ada kilang sendiri dan sudah bertahan selama 12 tahun? Menurut Tuan Afyan Mat Rawi dalam bukunya Tersontot di Pintu Shorga, syarikat scam yang menawarkan pulangan too good to be true tidak dapat bertahan melebihi lima tahun pun. Semuanya sudah tersontot. Yang baru beroperasi pun akan tersontot juga. Mudah saja nak kenal pasti modus operandi mereka. Kalau mereka tawarkan dividen 5%, 20% atau berapa peratus sekalipun tetapi anda tidak perlu berbuat apa-apa dan hanya goyang kaki, itulah mereka. Sedang berusaha mengheret anda ke neraka wang!
Urus niaga PG sama seperti kedai emas lain seperti Poh Kong, Habib Jewel, Tomei dan lain-lain lagi iaitu trading (jual beli). Anda hulur duit, PG bagi emas. Anda hulur emas, PG bagi duit. Tak ada skim pelaburan emas yang menawarkan hibah, dividen dan sebagainya.
2. Public Gold di Indonesia, Singapura dan Brunei
Untuk pengetahuan semua, Public Gold (PG) sudahpun menembusi pasaran emas di Indonesia, Singapura dan juga Brunei. Terdapat sebuah cawangan PG di Jakarta, Indonesia. Sementara warga Singapura berjual beli di cawangan Johor Bahru, Johor dan warga Brunei berurusan di cawangan Miri, Sarawak.
Bukan mudah untuk sesebuah syarikat menembusi pasaran luar negara. Sudah semestinya negara tersebut mengkaji dahulu fundamental sesebuah syarikat itu sebelum membenarkannya beroperasi di negara mereka. Hanya bisnes yang genuine sahaja mampu menerobos masuk dan bertahan lama.
3. Kerjasama dengan Syarikat Gergasi, POS ArRahnu
Public Gold (PG) maju selangkah lagi ke hadapan apabila menjalin kerjasama dengan POS ArRahnu iaitu salah satu bisnes milik sebuah syarikat gergasi yang tidak asing lagi bagi kita, rakyat Malaysia yakni POS Malaysia. Kerjasama antara kedua-dua syarikat ini terbentuk dan disiarkan dalam akhbar Harian Metro bertarikh 26 November 2015.
Emas-emas keluaran PG dijual di POS ArRahnu di seluruh Malaysia. Terdapat juga design khas untuk POS Malaysia termasuk jongkong emas edisi terhad Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) XV dan Perdana Menteri Malaysia Keempat dan Ketujuh. Untuk pengetahuan, sesebuah syarikat tidak boleh menggunakan potret Agong atau Sultan tanpa kebenaran. Pada tahun 2019, seorang lelaki bergelar Datuk Seri ditahan polis apabila menggunakan potret Sultan Pahang di syiling emas tanpa kebenaran. Berita selanjutnya DI SINI.
Lebih istimewa, POS ArRahnu juga menerima gadaian emas keluaran PG tanpa perlu buka seal untuk diuji ketulenannya. Ini menandakan emas keluaran PG sangat diyakini. Memang terbaik! Syarikat gergasi seperti POS Malaysia juga yakin dengan bisnes dan produk Public Gold. Kenapa tidak kita?
4. Kerjasama Aurora Italia dan Swarovski
Selain jongkong emas, dinar dan perak, Public Gold (PG) juga mempunyai satu sub bisnes yang memfokuskan kepada barang kemas eksklusif dan elegen berketulenan 750 (18k) dinamakan sebagai Aurora Italia. Sekali tengok pasti tertawan kerana kecantikan Aurora Italia setanding jenama luar negara yang berlipat kali ganda mahalnya iaitu Pandora.
Amat menggembirakan apabila Aurora Italia menjalinkan hubungan kerjasama dengan sebuah syarikat batu permata terkenal di dunia iaitu Swarovski yang berpusat di Austria itu. Kedua-dua syarikat ini memeterai kerjasama pada 12 Disember 2019 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Aurora Italia mempunyai beberapa outlet di Malaysia iaitu di Queensbay Mall (Pulau Pinang), Gurney Plaza (Pulau Pinang), Midvalley Megamall (Kuala Lumpur) dan Suria Sabah Shopping Mall (Sabah). Maklumat lengkap tentang lokasi semua outlet boleh didapati DI SINI.
Bukan setakat kerjasama dengan syarikat dalam negara, malah dengan syarikat luar negara juga. Syarikat terkenal pulak tu! Semoga PG Group terus mencapai lebih kejayaan kelak.
5. Kerjasama PG Mall dan Pelbagai Syarikat Terkemuka
Sub bisnes Public Gold (PG) yang lainnya dinamakan PG Mall. PG Mall ni sama saja macam Shopee, Lazada dan online shopping platform yang lain. Apa yang membuatkan PG Mall istimewa adalah ianya merupakan platform membeli belah atas talian yang 100% dimiliki oleh rakyat Malaysia iaitu Pengasas dan CEO PG Group sendiri, Dato’ Wira Louis Ng. Pada tahun 2019, PG Mall telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat terkenal seperti Mydin, GrabPay, Boost, Air Asia Big Loyalty dan banyak lagi.
Walaupun PG Mall masih baru ditubuhkan tetapi ini merupakan pencapaian yang amat baik dan patut dibanggakan. Platform jual beli atas talian milik anak Malaysia ini mampu menyaingi platform luar yang sudah lama beroperasi di negara kita dan saya yakin tak lama lagi PG Mall akan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan platform yang lain.
6. PG Gold Museum Satu-satunya Muzium Emas di Asia Tenggara
Satu lagi sub bisnes Public Gold (PG) Group dinamakan PG Gold Museum. Muzium ini merupakan satu-satunya muzium emas yang terdapat di Asia Tenggara. Wah bangga tak jadi rakyat Malaysia? Satu-satunya muzium emas di rantau ini terletak di Malaysia! Pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sana termasuklah berpeluang menyentuh jongkong emas seberat 50 kilogram! Ya, emas betul tu, bukan replika.
Sambil-sambil tu bolehlah anda makan angin di Pulau Pinang Pulau Mutiara yang dikenali sebagai syurga makanan ini. Laksa Penang, pasembor, nasi kandar. Jangan lupa cuba semua makanan tu ya!
7. Public Gold Clean dari BNM Alert List
Pada 17 Oktober 2012, Public Gold (PG) terpalit dengan isu yang tidak menyenangkan apabila tersenarai dalam Bank Negara Malaysia (BNM) Alert List. Ha sudah, kenapa pula ni? PG hanya syarikat berjual beli emas fizikal. Macam mana boleh tersenarai pula. Setelah mendapat perkhabaran itu, Founder PG, Dato’ Wira Louis Ng bersama Managing Director PG, En. Syukor Hashim, berjumpa dengan BNM. Mereka bentangkan operasi perniagaan PG kepada BNM.
Pihak BNM terpaksa menyenaraikan PG dalam alert list kerana mereka mendapat aduan daripada pelabur mengatakan Public Gold menjalankan aktiviti bersalahan dengan undang-undang. Setelah diperiksa dokumen yang PG bentangkan dan siasatan dibuat, PG didapati clean daripada sebarang skim cepat kaya.
Dua tahun selepas itu, pada 1 Oktober 2014, PG sekali lagi menerima ujian yang sama. Tetapi kali ini tidak melibatkan mana-mana pihak berkuasa. Cuma dengan Berita Harian sahaja. Reputasi dibina PG menelan belanja yang banyak tetapi boleh runtuh akibat laporan salah yang dikeluarkan akhbar arus perdana itu. Setelah berbincang, PG mengambil keputusan untuk saman Berita Harian sebanyak RM 50 juta! Jumlah tuntutan ganti rugi ini disepakati setelah mengambil kira jualan tahunan PG, jumlah cawangan yang beroperasi serta jumlah pelanggan yang berdaftar. Saman ini sangat wajar dilakukan bertujuan untuk membersihkan nama PG dan imej syarikat yang tercalar akibat tuduhan yang tidak diperiksa terlebih dahulu. Berita Harian ambil masa satu hari sahaja untuk ‘membetulkan’ kenyataan mereka apabila mengeluarkan kenyataan baru pada 2 Oktober 2014.
Alhamdulillah setiap isu negatif yang dikaitkan dengan PG dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Ini kerana tidak ada apa-apa yang tidak kena dengan syarikat tersebut. Urus niaga mereka telus. Jika sahabat masih berasa ragu-ragu, boleh semak sama ada nama syarikat PG tersenarai dalam BNM alert list atau tidak DI SINI. Ataupun boleh hubungi BNM di talian 1300-88-5465 untuk bertanyakan perkara tersebut.
8. Public Gold Syarikat Emas Pertama di Malaysia Menerima Sijil Patuh Syariah
Alhamdulillah sebagai seorang Muslim, perkara ini wajib kita titikberatkan. Pastikan urusniaga yang kita lakukan adalah patuh syariah termasuk membeli emas. Public Gold (PG) terus melebarkan sayap apabila disahkan menjalankan aktiviti jualan dan belian emas berlandaskan hukum syarak. PG menerima pemberian sijil patuh syariah ini oleh Amanie Advisors Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar. Beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia. Beliau adalah tokoh kewangan Islam yang ternama di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa. Berikut merupakan rentetan pemberian pengesahan patuh syariah oleh Amanie Advisors Sdn. Bhd.:
- 16 Januari 2017 : PG mendapat sijil patuh syariah (fasa 1). Pengesahan ini adalah untuk pembelian kaedah Outright Purchase, Easy Payment Purchase (EPP) dan buy back (jualan balik).
- 8 Februari 2017 : PG mendapat sijil patuh syariah semasa Shariah Certification Press Conference diadakan di HQ PG yang terletak di Bayan Lepas, Penang.
- 11 Novemver 2017 : PG mendapat pengesahan patuh shariah untuk Akaun Emas GAP dan Akaun Silver SAP dalam Seminar Emas dan Shariah anjuran Public Gold.
Buat pengetahuan semua, tidak mempunyai sijil patuh syariah bukanlah bermaksud sesebuah syarikat itu tidak menjalankan urusan jual beli yang patuh syariah. Apabila sesuatu syarikat memiliki sijil patuh syariah, ianya mampu meningkatkan kredibiliti syarikat tersebut. Usaha PG mendapatkan pengesahan patuh syariah ini mendapat perhatian dan pujian daripada Tuan Afyan Mat Rawi, seorang penasihat kewangan yang terkenal di Malaysia. Rujuk SINI untuk posting asal beliau. Semoga usaha murni PG ini membantu sahabat semua menyimpan emas dengan hati yang tenang.
9. Pakar Kewangan Malaysia, Tuan Azizi Ali dan Tuan Samsuddin Kadir bersama Public Gold
Dua figura hebat ini tidak asing lagi dalam dunia kewangan di Malaysia. Mereka sudah menganjurkan pelbagai program, kursus, seminar dan menulis berpuluh-puluh buah buku dalam usaha mendidik masyarakat supaya bijak kewangan. Orang hebat yang tahu selok-belok dunia kewangan memilih Public Gold (PG) untuk berurusan. Kedua-dua mereka juga dealer PG.
Tuan Azizi Ali ada menyebut PG sebagai sebuah syarikat swasta yang menawarkan urus niaga emas dalam buku beliau, Masa Untuk Emas. Sementara Tuan Shamsuddin Kadir menulis tentang PG dalam buku beliau bertajuk Beli Emas : Kekayaan Semasa Senang, Pelindung Ketika Gawat dan Menyimpang Seringgit, Rugi Sejuta. Tuan Azizi Ali pernah menjadi speaker di Seminar Autonomi Emas dalam Ekonomi anjuran Public Gold di Tabung Haji pada 16 November 2019. Beliau juga muncul buat julung kalinya dalam Facebook Live bersama Sifu Emas Malaysia, En. Syukor Hashim. Tuan Shamsuddin Kadir pula pernah menyampaikan seminar emas percuma anjuran PG dan saya menghadiri salah satu seminar beliau di cawangan PG di Bangi pada 29 Mac 2019.
Jika model bisnes PG tidak diyakini dan diragui, saya yakin dua orang figura hebat ini tidak akan memilih PG sebagai sebuah syarikat emas untuk mereka berurusan. Mereka tahu risiko jika melibatkan diri dengan syarikat yang bermasalah.
10. Emas Public Gold Sah Tulen Bila Diuji dalam Majalah 3, TV3!
Pada 15 Julai 2019, Majalah 3 menyiarkan satu slot untuk mengetahui cara bagi menguji ketulenan sesuatu barangan emas. Barangan emas yang diuji adalah barang kemas dan juga jongkong emas. Siapa sangka jongkong emas yang diuji itu adalah jenama Public Gold!
Pemilik bengkel tersebut memberitahu bahawa salah satu cara untuk menguji ketulenan emas adalah dengan cara membakar emas tersebut. Apabila jongkong emas 10 gram 999.9 keluaran Public Gold itu dibakar, tiada apa-apa yang berlaku dan emas tersebut masih mengekalkan wana keemasannya. Menurut pemilik itu lagi, jika emas palsu dibakar, warnanya tidak akan kembali seperti asal. Tonton video penuh DI SINI.
Alhamdulillah dah habis 10 informasi tentang Public Gold yang saya kira mampu membantu anda membuat keputusan dalam menjawab persoalan di atas. Kalau nak tahu setiap inci perjalanan Public Gold dari mula penubuhannya hingga kini, kalian boleh saja baca di milestone ini. Ucapan dari saya, selamat menabung aset emas dengan MUDAH, MURAH, SELAMAT dan PATUH SYARIAH!
© Zareen Naqiyah (PG00131385)
2 Comments
Mohammad amirul mohamad
Saye berminat tentang public gold
zareennaqiyah
Jika En. Amirul masih belum simpan emas dengan Public Gold, boleh wasap saya di http://www.wassap.my/60135245899/IlmuEmasBlog.
In shaa Allah saya boleh guide.