uncategorized

Standing Instruction (SI)

KALAU TAKNAK PENING KEPALA SIMPAN EMAS, BUATLAH STANDING INSTRUCTION (SI). TAPI SI INI APA?

Dengar nama macam susah tapi tak pun sebenarnya. Bila saya sebut autodebit atau arahan potongan gaji boleh faham? Itu saja SI ni. Tak ada apa-apa yang perlu dipeningkan pun.

Baik, SI ni sama saja macam akaun emas GAP tetapi SI adalah kaedah simpanan emas secara automatik manakala GAP adalah manual.

 

PROS & CONS SI

Pendapat saya secara peribadi, SI ini ada kelebihan dan kekurangannya. Anda boleh baca dan putuskan adakah ianya sesuai dengan anda.

 

Pros
  • Anda tak perlu risau memikirkan jikalau anda terlupa nak tambah emas dalam akaun emas online anda. Tambah-tambah lagi anda yang sibuk bekerja.
  • Set saja tarikh dan jumlah untuk bank anda buat potongan autodebit. Duit itu terus ditukar jadi emas dan dimasukkan dalam akaun emas anda.
  • Hujung tahun atau sekali sekala, anda boleh semak baki emas anda.

 

Cons
  • Anda tak boleh pilih untuk tambah emas pada hari harga emas tengah rendah.
  • Sebabnya anda dah set tarikh untuk autodebit awal-awal lagi. Katakan anda set pada setiap 25 haribulan. Ketika itu harga emas RM 233 segram. Tetapi pada 27 haribulan, harga emas turun menjadi RM 230 segram.
  • Kalau nak harga RM 230 tersebut, kena tambah lagi sekali.

 

Seperti saya tulis di atas, pilih sama ada kaedah ini sesuai atau tidak dengan keadaan anda. Lain orang lain situasinya. Jika anda nak simpan emas secara SI, saya kongsikan caranya di bawah.

 

CARA BELI EMAS SECARA STANDING INSTRUCTION (SI)

Saya ada contoh langkah-langkah menyimpan emas secara SI menggunakan Maybank2u, Cimb Clicks dan juga Bank Rakyat. Untuk bank-bank lain, sahabat boleh bertanyakan hal ini pada bank berkenaan. Mereka akan bantu anda sebaiknya. In shaa Allah.

 

1) SI Menggunakan Maybank2u
Step 1: Login Maybank2u -> Accounts & Banking -> Saving Accounts.
Step 2: Klik Standing Instructions.
Step 3: Klik ADD.
Step 4: Pilih 3rd Party Transfer.
Step 5: Masukkan butiran; 1) PG Code anda (pelanggan baru tuliskan “NEW CUST”); 2) Nombor akaun Public Gold; 3) Jumlah autodebit bulanan (minima RM 100); 4) Tarikh mula; 5) Pilih monthly; 6) Tarikh tamat.
Setelah selesai,  printscreen sebagai bukti.

 

 

2) SI Menggunakan Cimb Clicks

 

3) SI Menggunakan Bank Rakyat
Langkah-langkah mudah menggunakan Bank Rakyat.

 

4) SI Menggunakan Public Bank

 

NOTA

1) Nombor akaun Public Gold

Boleh transfer ke mana-mana akaun Public Gold atas nama Public Gold Marketing Sdn. Bhd.

  • 5571 3923 8048 (Maybank)
  • 5071 3410 4563 (Maybank)
  • 3167 52 0833 (Public Bank)

 

2) Printscreen

1. Sila printscreen bukti bahawa SI anda sudah berjaya dan WhatsApp pada nombor staf mengikut preferred branch anda (login GAP dan lihat di bahagian My Account jika anda tak pasti).

2. Nyatakan dengan jelas nama penuhPG Code dan tujuan anda (SI).

 

3) Pelanggan Baru

WhatsApp printscreen beserta maklumat di bawah ini kepada staf Public Gold di nombor +60174862916.

  • Nama Penuh (seperti dalam ic) :
  • No. IC :
  • Emel :
  • No. Telefon :
  • Pekerjaan :
  • Jumlah Bayaran :
  • Tarikh dan Masa Bayaran :
  • Introducer : Siti Zareen Naqiyah binti Zool Ambia (PG00131385)

 

Semoga artikel ini membantu sahabat semua mengumpul aset emas dengan mudah dan bersistematik.

 

© Zareen Naqiyah (PG00131385)

 

(Visited 4,760 times, 1 visits today)
Kongsikan Kepada Rakan Anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp Saya Nak Simpan Emas!