PERTAMA KALI MEMBELI EMAS SECARA AKAUN EMAS GAP? JANGAN PANIK. IKUTI LANGKAH-LANGKAH MUDAH DI BAWAH
Saya pasti anda yang sedang membaca artikel ini sudah faham apa itu akaun emas Gold Accumulation Program (GAP). Jika belum, sila baca DI SINI.
Untuk artikel kali ini, saya akan kongsikan langkah-langkah mudah buat anda yang pertama kali nak beli emas melalui akaun emas GAP. Untuk penyimpan emas sedia ada, lihat cara tambah emas dalam GAP yang saya kongsikan ini.
LANGKAH PERTAMA (Akses Website Public Gold)
1. Pergi ke website rasmi Public Gold dan lihat harga emas semasa. Gambar di bawah ini menunjukkan RM 225 untuk 1 gram dan RM 100 bersamaan dengan 0.4444 gram.
2. Buat kira-kira berapa jumlah yang perlu dibayar mengikut gram emas yang ingin dibeli. Jika nak beli 2 gram, darabkan saja dengan dua. Maka, RM 225 x 2 gram = RM 450.
3. Jika anda nak beli mengikut nilai ringgit pun tak ada masalah. Boleh beli RM 100, RM 150, RM 400 dan sebagainya.
LANGKAH KEDUA (Masukkan Duit ke Akaun Bank Public Gold)
Anda boleh bank-in duit di mesin CDM atau buat online transfer ke mana-mana akaun bank Public Gold bawah nama Public Gold Marketing Sdn. Bhd.
- 5571 3923 8048 (Maybank)
- 5071 3410 4563 (Maybank)
- 3167 52 0833 (Public Bank)
Sila ambil gambar resit jika anda bank-in di mesin CDM. Simpan resit sebagai rujukan selagi akaun emas GAP anda belum didaftarkan. Jika anda buat online transfer, sila screenshot atau simpan resit tersebut dalam bentuk PDF.
LANGKAH KETIGA (WhatsApp Maklumat)
WhatsApp bukti bayaran tadi beserta maklumat di bawah ini kepada staf Public Gold di nombor +60174862916.
- Nama Penuh (seperti dalam ic) :
- No. IC :
- Emel :
- No. Telefon :
- Pekerjaan :
- Jumlah Bayaran :
- Tarikh dan Masa Bayaran :
- Introducer : Siti Zareen Naqiyah binti Zool Ambia (PG00131385)
Jika daftar untuk anak 18 tahun dan ke bawah, berikan maklumat ini kepada nombor yang sama:
- Nama Penuh Anak (seperti dalam ic) :
- No. IC/No. MyKid Anak :
- Emel Anak (pastikan setiap anak guna emel berbeza) :
- Nama Penuh Ibu/Bapa :
- No. IC Ibu/Bapa :
- No. Telefon Ibu/Bapa atau Anak :
- Jumlah Bayaran :
- Tarikh dan Masa Bayaran :
- Introducer : Siti Zareen Naqiyah binti Zool Ambia (PG00131385)
LANGKAH KEEMPAT (Semak Akaun Emas GAP)
1. Tunggu Public Gold proses selewat-selewatnya dalam masa 48 jam waktu bekerja. Bila dah siap, anda akan terima emel daripada Public Gold. Di dalamnya disertakan username akaun anda (contoh: PGxxxxxx).
2. Login akaun untuk semak GAP Statement. Gunakan nombor kad pengenalan 12 digit anda tanpa sengkang sebagai password. Password ini boleh diubah pada bila-bila masa. Klik forgot password seperti gambar di bawah dan ikut arahan berikutnya.
3. Selepas login, klik MY GAP.
4. Anda akan berjumpa dengan paparan ini. Pilih Classic Site untuk melihat baki semasa (current balance) kerana New Site hanya memaparkan baki yang telah dikemaskini (available balance). Disebabkan baki emas anda akan dikemaskini dalam masa 48 jam waktu bekerja, jadi emas anda masih lagi floating. Ianya akan ditulis dalam Classic Site tetapi tidak New Site. Rujuk gambar seterusnya untuk lebih faham.
Selesai anda buat tabungan emas yang pertama melalui akaun emas GAP. Tahniah! Bila nak tambah emas nanti, ikut saja langkah-langkah mudah DI SINI. Sekiranya anda ada apa-apa persoalan, WhatsApp saya di +60135245899 pada bila-bila masa.
© Zareen Naqiyah (PG00131385)