uncategorized

Cara Beli Emas Secara SEPP

LANGKAH MUDAH BELI EMAS SECARA SYARIAH EASY PAYMENT PURCHASE (SEPP)

Beli emas lebih mudah daripada yang disangkakan. Zaman sekarang ni semuanya di hujung jari termasuklah membeli emas. Sahabat boleh beli emas secara online sahaja dan lebih menarik, anda boleh beli emas dengan bayaran bulanan. Untuk lebih memahami macam mana proses pembelian secara SEPP, boleh rujuk DI SINI.

Pembelian secara Syariah Easy Payment Purchase (SEPP) ini sama sahaja seperti Outright Purchase, cuma ada sedikit kelainan di langkah yang kelapan. Langkah pembelian ini boleh diikuti oleh kedua-dua penyimpan emas sedia ada ataupun bakal penyimpan emas yang baru. Saya ringkaskan langkah-langkah pembelian di bawah ini. Anda cuma perlu ikut sahaja langkah demi langkah.

Jika sahabat tak yakin nak buat sendiri, boleh WhatsApp saya di +60135245899. Saya bantu anda miliki aset berharga ini. Saya cuma perlukan butiran seperti berikut:

Nama :
IC :
Email :
No Phone :
Item & EPP 4/EPP 10 :
Cawangan pilihan : (Pilih cawangan untuk ambil emas DI SINI)
Introducer : Siti Zareen Naqiyah binti Zool Ambia (PG00131385)

 

LANGKAH PERTAMA (Akses Website Public Gold)

Pergi ke website rasmi Public Gold dan klik Login.

 

 

LANGKAH KEDUA (Pendaftaran Akaun)

1. Klik Register Account jika anda masih belum mempunyai akaun Public Gold.

2. Jika anda sudah mempunyai akaun Public Gold, masukkan username dan password anda dan klik Log in.

 

3. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran akaun (bagi anda yang sudah ada akaun Public Gold, terus ke langkah ketiga). Semasa pendaftaran akaun, anda diminta untuk memasukkan PG Code introducer yang memperkenalkan anda kepada Public Gold. Introducer ini sangat penting untuk anda mendapat bimbingan sepanjang menyimpan emas. Jika anda ingin menjadikan saya sebagai introducer, DAFTAR DI SINI. Pastikan PG Code saya betul dan nama saya terpapar di skrin.

 

4. Selepas klik butang submit, anda akan dapat mesej seperti di bawah ini. Tahniah! Akaun anda sudah berjaya didaftarkan. Public Gold akan emel anda berkenaan pendaftaran akaun ini.

 

 

LANGKAH KETIGA (Membuat Order)

1. Login akaun Public Gold anda dan klik Order.

 

2. Klik Purchase Order.

 

 

LANGKAH KEEMPAT (Pilih Emas)

Pilih item emas yang ingin dibeli dan klik Add to cart.

 

 

LANGKAH KELIMA (Add to Cart)

Masukkan kuantiti emas yang ingin dibeli dan klik Add to cart.

 

 

LANGKAH KEENAM (Pergi ke Halaman Cart)

Klik butang Cart di penjuru kanan.

 

 

LANGKAH KETUJUH (Kemaskini Cart)

Semak dan pastikan butiran tentang item emas yang ingin dibeli, jumlah dan harganya betul. Jika anda ingin menukar jumlah emas, anda hanya perlu ubah di bahagian quantity. Klik update cart dan proceed to next page.

 

 

LANGKAH KELAPAN (Pembayaran)

  1. Pilih cawangan Public Gold untuk anda mengambil emas. Contohnya Sungai Petani, Kedah.
  2. Pilih cara bayaran secara Syariah Easy Payment Purchase dan tempoh bayaran, 4 Months/10 months (hanya emas 10 gram dan ke atas boleh bayar selama 10 bulan).
  3. Pilih Myself untuk order diri sendiri atau Third Party untuk order bagi pihak orang lain. Masukkan PG Code atau ID pihak ketiga tersebut dan klik Search. Pastikan nama pihak ketiga itu betul.
  4. Di bahagian Remark: 
    • Tulis FB Live (tarikh) untuk menyertai sesi cabutan bertuah sempena promosi istimewa Public Gold menerusi FB Live atau;
    • Jika anda beli di luar waktu promosi, biarkan kosong atau;
    • Tulis apa-apa saja yang anda nak beritahu staf Public Gold.
  5. Tanda kotak I Agree and Understand of the Terms & Conditions.
  6. Semak butiran sekali lagi dan klik Confirm and Proceed to Payment.

Anda boleh lihat jadual bayaran emas anda sebelum sahkan pembelian.

 

7. Mesej ini menandakan order anda sudah berjaya dibuat. Klik Continue to Payment Page.

 

Anda akan menerima invois order anda daripada Public Gold melalui emel.

 

 

LANGKAH KESEMBILAN (Kaedah Bayaran)

Terdapat tiga kaedah bayaran yang disediakan oleh Public Gold:

  • FPX (Online Payment)
  • BANKING (Upload Bank Payment Proof)
  • WHATSAPP (WhatsApp bukti bayaran terus pada staf)

 

a) Jika anda pilih FPX atau BANKING

Anda pilih sahaja mana-mana kaedah yang memudahkan anda untuk membuat bayaran, klik Proceed dan ikut langkah selanjutnya.

 

Jika anda masih belum membuat bayaran selepas order, anda boleh berbuat demikian dengan klik:

  1. My Account
  2. My Order
  3. ID (CSO) Number

 

b) Jika anda pilih untuk WhatsApp staf

Sila hubungi staf preferred branch anda (semak di bahagian My Account -> Account Info kalau tak pasti). Dalam mesej anda, sila sertakan butiran-butiran ini:

  • Bukti bayaran
  • PG Code
  • Order Number anda yang bermula dengan CSO…
  • EPP 1 untuk bayaran pertama, EPP 2 untuk bayaran berikutnya sehinggalah EPP 4 atau EPP 10.

 

Setelah anda membuat bayaran, sila tunggu bayaran untuk order anda dikemaskini dalam sistem. Sila berikan masa selewat-lewatnya 48 jam waktu bekerja untuk proses kemaskini. Bagi proses pengambilan emas, anda boleh hubungi cawangan yang telah anda pilih tadi untuk menetapkan tarikh dan masa dengan staf di sana. Anda boleh mendapatkan nombor telefon dan alamat cawangan Public Gold DI SINI.

Mudah saja kan nak beli emas Public Gold secara SEPP? Selamat berjaya! (Jika anda tak yakin untuk order sendiri, boleh hubungi saya melalui WhatsApp di +60135245899 dan berikan maklumat yang diperlukan seperti di atas).

 

NOTA

Pembelian secara SEPP akan dikenakan caj tambahan dinamakan EPP Premium. Kos di mana pihak pengurusan Public Gold menguruskan order anda selama tempoh SEPP iaitu 4 bulan atau 10 bulan. Boleh rujuk EPP Premium untuk setiap item di bawah.

EPP Premium untuk setiap item emas dan perak di Public Gold.

 

Kos ini biasanya waived (tidak dikenakan caj) jika anda membeli emas pada tempoh promosi tertentu. Bayangkan jika anda membeli 1 kilogram emas, anda sudah jimat RM 1000!

 

© Zareen Naqiyah (PG00131385)

 

Kongsikan Kepada Rakan Anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp Saya Nak Simpan Emas!