PENGELUARAN EMAS DARI AKAUN EMAS GAP SANGATLAH MUDAH!
Pesan mentor emas saya, keluarkan sedikit emas fizikal untuk disimpan sendiri. Barulah dapat rasa aura emas tu. Emas adalah magnet kekayaan. Emas ini akan menarik emas-emas yang lain. Dengan kata lain, anda akan rasa nak tambah emas lagi dan lagi apabila selalu melihat emas di tangan anda itu. Jadinya, terpaksalah anda jadi kaya!
INFO PENGELUARAN EMAS
- Anda boleh mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP anda di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia. Jika anda berdaftar di cawangan Ampang, tetapi nak ambil ambil emas di cawangan Kota Kinabalu boleh saja. Tak ada masalah.
- Anda boleh pilih sama ada nak keluarkan jongkong emas atau dinar emas.
- Minimum pengeluaran adalah jongkong emas 1 gram.
- Anda juga boleh memilih jongkong emas yang lebih besar seperti 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram dan 1 kilogram. Pilihan dinar pula ½ dinar, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.
- Anda boleh keluarkan semua emas daripada akaun GAP (baki minima 1 gram mesti ditinggalkan untuk akaun kekal aktif).
- Baki 1 gram itu boleh dikeluarkan apabila anda berhasrat menutup terus akaun GAP anda. Jika nak buka semula anda akan dicaj RM 50.
- Pengeluaran emas fizikal dikenakan gold premium (mengikut jenis emas yang anda keluarkan).
- Pemilik akaun GAP / pentadbir akaun bersama perlu mengambil sendiri emas fizikal di cawangan Public Gold. Wakil tidak dibenarkan.
TIP JIMAT KELUARKAN EMAS DARI GAP
Ya, ada cara nak jimat masa keluarkan emas anda. Baca kajian kes ni:
- Anda membeli 1 gram emas setiap bulan melalui GAP.
- Jadi, pada hujung tahun, jumlah emas dalam GAP anda adalah 12 gram.
- Anda boleh mengeluarkan 11 gram emas fizikal daripada akaun GAP anda (baki 1 gram perlu ditinggalkan untuk akaun kekal aktif)
- Katakan anda nak keluarkan 10 gram sahaja. Jadi, baki anda adalah 2 gram.

Contoh Pengiraan Gold Premium yang Perlu Dibayar
Ini contoh-contoh kiraan gold premium berdasarkan gambar di atas (jika dikeluarkan di Semenanjung Malaysia). Sabah/Sarawak boleh rujuk gambar di atas juga.
- Jika anda keluarkan 10 gram tersebut dalam bentuk 1 gram x 10 keping, maka premium yang perlu anda bayar adalah RM 10 x 10 = RM 100
- Jika anda keluarkan 10 gram tersebut dalam bentuk 5 gram x 2 keping, maka premium yang perlu anda bayar adalah RM 10 x 2 = RM 20
- Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 10 gram x 1 keping, maka premium yang perlu anda bayar adalah RM 15 x 1 = RM 15
Katakan anda nak keluarkan dinar, ini contohnya:
- Jika anda memilih untuk mengeluarkan 1 Dinar x 2 keping dan ½ Dinar x 1 keping, premium yang perlu anda bayar adalah (RM 10 x 2) + (RM 10 x 1) = RM 30
(Baki emas dalam akaun GAP anda akan jadi dalam bentuk perpuluhan; 12 gram – (4.25 gram x 2) – (2.125 gram x 1) = 1.375 gram). Nota : 1 Dinar = 4.25 gram.
Ini contoh jika anda nak jimatkan gold premium. Tetapi jika anda memang nak keluarkan 1 gram x 10 keping contohnya untuk diberikan sebagai hadiah untuk staf cemerlang, agen berprestasi bagus dan sebagainya, boleh saja. Ikut keperluan masing-masing.
CARA PENGELUARAN EMAS
Ada 2 cara anda boleh keluarkan emas anda dari akaun GAP. Pilih cara yang sesuai dengan keadaan anda pada waktu itu.
Kaedah Pertama (Walk In ke Cawangan)
Mudah sangat-sangat caranya. Anda hanya cuma perlu:
- Menelefon atau WhatsApp staf di cawangan Public Gold yang anda ingin ambil emas fizikal tersebut.
- Nyatakan nama anda, PG Code serta jenis emas yang ingin anda keluarkan daripada akaun GAP. Set tarikh dan masa anda nak ke cawangan. Kemudian anda datang ke cawangan berkenaan, bayar kos gold premium dan bawa pulang emas anda. Itu sahaja.
Kaedah Kedua (GIT)
Jika anda tinggal jauh daripada cawangan atau tak ada masa nak ambil emas sendiri, anda boleh gunakan servis terkini yang dikenalkan oleh Public Gold iaitu Gold In Transit (GIT). Emas anda akan dipos terus ke rumah. Dilindungi insurans lagi!
Semoga tip yang saya kongsikan dapat membantu anda membuat keputusan dengan bijak sebelum mengeluarkan emas dari akaun GAP anda.
© Zareen Naqiyah (PG00131385)
2 Comments
ikaa
boleh saya tahu saya perlu refer pada siapa untuk keluarkan emas saya if saya nak guna method GIT tu?
zareennaqiyah
Cikpuan Ikaa boleh rujuk branch yang ditulis dalam proforma invois. Ini senarai branch beserta nombor telefon:
https://www.publicgold.com.my/index.php/branch
Jika Cikpuan Ikaa nak keluarkan emas dari akaun GAP menggunakan GIT, boleh rujuk di sini.
https://www.zareennaqiyah.com/2020/11/12/cara-keluarkan-emas-dari-akaun-emas-gap-menggunakan-servis-gold-in-transit-git/
Cikpuan boleh juga refer pada introducer. Semoga membantu.