TAMBAH GRAM EMAS ANDA BILA-BILA MASA DAN DI MANA JUA!
Ada 3 cara mudah untuk anda menambah gram emas dalam akaun emas GAP:
- FPX
- Online Banking/Bank-in
KAEDAH PERTAMA (FPX)
Jika anda mempunyai internet banking, saya sangat menggalakkan anda untuk topup GAP menggunakan kaedah FPX. Kaedah ini paling mudah dan cepat. Tiada caj setiap kali melakukan transaksi. Ini langkah-langkahnya:
Langkah Pertama (Akses Website Public Gold)
1. Pergi ke website rasmi Public Gold dan klik Login. Login menggunakan PG Code dan password anda.
2. Selepas itu klik Buy Now!
Langkah Kedua (Masuk ke Akaun GAP)
Klik Go To New Site.
Langkah Ketiga (Pilih Cara Bayaran)
1. Klik Purchase.
2. Pilih Pay Online (FPX).
3. Klik Next.
Langkah Keempat (Masukkan Jumlah Emas)
1. Pilih Gold – GAP.
2. Masukkan nilai RM yang ingin dibeli (jumlah gram akan ditulis secara automatik) atau masukkan jumlah gram yang ingin dibeli (nilai RM akan ditulis secara automatik).
3. Klik Place Order.
Langkah Kelima (Pembayaran)
1. Klik Make Payment.
2. Pilih bank yang ingin digunakan.
3. Klik Proceed & Pay.
Anda anda dibawa ke login page bank masing-masing dan buat pembayaran. Baki emas dalam akaun GAP anda akan dikemaskini dalam masa 1 jam lebih dan selewat-lewatnya 48 jam waktu bekerja.
KAEDAH KEDUA (Online Banking/Bank-in)
Jika anda tak ada internet banking atau sudah transfer dulu, anda boleh gunakan kaedah ini. Ikut saja langkah mudah di bawah.
Langkah Pertama (Semak Harga Emas)
Semak harga emas semasa GAP di website rasmi Public Gold.
Langkah Kedua (Transfer/Bank-in)
1. Transfer atau bank-in ke mana-mana akaun Public Gold atas nama Public Gold Marketing Sdn. Bhd.
- 5571 3923 8048 (Maybank)
- 5071 3410 4563 (Maybank)
- 3167 52 0833 (Public Bank)
2. Screenshot bukti transfer jika anda menggunakan online banking atau ambil gambar resit yang jelas jika anda bank-in di mesin CDM. Simpan bukti-bukti ini sebagai rujukan selagi baki emas dalam GAP belum dikemaskini.
Langkah Ketiga (Upload Resit)
Login akaun GAP anda dan klik MY GAP dan anda diminta untuk pilih New Site atau Classic Site.
a) Jika anda pilih New Site
1. Klik Purchase.
2. Pilih Bank In.
3. Masukkan tarikh dan masa pembayaran.
4. Klik Next.
5. Pilih Gold – GAP.
6. Masukkan nilai RM yang sudah dibeli (jumlah gram akan ditulis secara automatik) atau masukkan jumlah gram yang sudah dibeli (nilai RM akan ditulis secara automatik).
7. Klik Choose File dan pilih gambar bukti bayaran anda di langkah kedua tadi.
8. Klik Place Order.
Selesai. Tunggu baki emas anda dikemaskini dalam GAP dalam masa 48 jam waktu bekerja.
b) Jika anda pilih Classic Site
1. Klik Purchase.
2. Pilih Gold Accumulation Program – GAP.
3. Masukkan tarikh dan masa pembayaran.
4. Masukkan nilai RM emas yang dibeli.
5. Masukkan nombor rujukan (jika ada), jika tiada masukkan 0000.
6. Klik Choose File dan pilih gambar bukti bayaran anda di langkah kedua tadi.
7. Klik Request.
Selesai. Tunggu baki emas anda dikemaskini dalam GAP dalam masa 48 jam waktu bekerja.
KAEDAH KETIGA (WhatsApp)
Kalau anda tak ada internet banking atau ada masalah nak upload resit di website, boleh gunakan kaedah ketiga ni. Langkah petama dan kedua sama sahaja macam kaedah kedua. Saya tuliskan semula untuk memudahkan anda.
Langkah Pertama (Semak Harga Emas)
Semak harga emas semasa GAP di website rasmi Public Gold.
Langkah Kedua (Transfer/Bank-in)
1. Transfer atau bank-in ke mana-mana akaun Public Gold atas nama Public Gold Marketing Sdn. Bhd.
- 5571 3923 8048 (Maybank)
- 5071 3410 4563 (Maybank)
- 3167 52 0833 (Public Bank)
2. Screenshot bukti transfer jika anda menggunakan online banking atau ambil gambar resit yang jelas jika anda bank-in di mesin CDM. Simpan bukti-bukti ini sebagai rujukan selagi baki emas dalam GAP belum dikemaskini.
Langkah Ketiga (WhatsApp Resit)
1. WhatsApp resit pembelian emas di nombor staf mengikut preferred branch anda (login GAP dan lihat di bahagian My Account jika anda tak pasti).
2. Nyatakan dengan jelas nama penuh, PG Code dan tujuan anda (Topup GAP).
Staf akan semak bukti bayaran anda dan sekiranya lulus, baki emas akan dikemaskini dalam masa 48 jam waktu bekerja.
Itulah 3 cara mudah nak tambah emas dalam akaun emas GAP. Kalau dah capai target dan nak keluarkan emas anda, caranya sangat-sangat mudah! Lihat artikel cara keluarkan emas dari akaun emas GAP. Kalau nak jual pula, rujuk cara jual emas dalam akaun emas GAP. Selamat menabung aset emas!
(Nota: Public Gold sudah bangunkan Apps untuk GSAP. Anda boleh tambah emas melalui apps sahaja sekarang. untuk rujukan lengkap yang disediakan oleh mentor saya, Tn. Syukor Hashim.)
© Zareen Naqiyah (PG00131385)