BERITA BAIK BUAT SEMUA PEMEGANG AKAUN PUBLIC GOLD!
Pada 6/7/2018, Public Gold mengumumkan satu berita baik buat semua pemegang akaun GAP. Bermula tarikh ini, emas dalam GAP dapat dipos terus ke rumah! Anda boleh menggunakan servis Gold In Transit (GIT) ini dan tunggu emas sampai di rumah dengan senyuman.
Oh iya! Bukan pemegang akaun GAP saja boleh gunakan servis ni. Sahabat yang beli emas secara outright purchase atau SEPP pun boleh.
5 KELEBIHAN GIT
- Emas yang dipos diinsuranskan sehingga RM 5000 (maksimum 20 gram).
- Caj penghantaran berdasarkan gram emas yang dipos.
- Item emas yang boleh dipos bermula dari serendah 1 gram.
- Perkhidmatan ini menggunakan kourier bertaraf antarabangsa.
- MUDAH, CEPAT dan SELAMAT!
Langkah Pertama
1. Beritahu staf di preferred branch anda (login GAP dan lihat di bahagian My Account jika anda tak pasti) bahawa anda ingin menggunakan GIT untuk pos emas.
2. Nyatakan sama ada:
- Nombor invois anda (bermula dengan CSO…).
- Pengeluaran dari akaun GAP. Beritahu item emas yang ingin anda keluarkan.
Langkah Kedua
1. Untuk yang ada nombor invois, pastikan bayaran telah dijelaskan sepenuhnya.
2. Untuk GAP, sila transfer atau bank-in Gold Premium terlebih dahulu ke akaun Public Gold. Hantar resit sebagai bukti kepada staf.
Transfer atau bank-in ke mana-mana akaun Public Gold atas nama Public Gold Marketing Sdn. Bhd.
- 5571 3923 8048 (Maybank)
- 5071 3410 4563 (Maybank)
- 3167 52 0833 (Public Bank)
Contoh pengiraan (sama untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak kerana dikeluarkan dari HQ di Penang):
a) Jika anda nak keluarkan 1 gram x 10 keping, transfer RM 10 x 10 = RM 100
b) Jika anda nak keluarkan 10 gram x 1 keping, transfer RM 15 x 1 = RM 15
c) Jika anda nak keluarkan 10 gram x 1 keping dan 1 gram x 2 keping, transfer (RM 15 x 1) + (RM 10 x 2) = RM 35
Langkah Ketiga
1. Transfer atau bank-in kos pos ke akaun Public Gold. Kemudian, hantar resit sebagai bukti kepada staf (Jika anda nak bayar menggunakan FPX, beritahu staf).
2. Untuk Semenanjung:
- 1 gram pertama = RM 10
- Setiap gram berikutnya = RM 2
- Contoh anda nak pos 10 gram, transfer RM 10 + (RM 2 x 9) = RM 28
3. Untuk Sabah/Sarawak:
- 1 gram pertama = RM 15
- Setiap gram berikutnya = RM 2
- Contoh anda nak pos 10 gram, transfer RM 15 + (RM 2 x 9) = RM 33

Langkah Keempat
Staf akan semak order atau baki akaun GAP anda, gold premium dan juga kos pos. Setelah semuanya lengkap, staf akan buatkan order bagi pihak anda. Tunggu staf beritahu order anda sudah siap dibuat dalam sistem dan ikuti langkah seterusnya.
Langkah Kelima
1. Login akaun anda menggunakan PG Code dan password masing-masing.
2. Klik My Account dan klik My Shipment.
3. Klik ID Number
4. Masukkan alamat untuk emas anda dipos. Nombor telefon yang dimasukkan mestilah boleh menerima nombor TAC melalui SMS. Kemudian, klik Proceed.
5. Anda akan menerima nombor TAC melalui SMS di nombor telefon yang anda masukkan tadi seperti ini.
6. Masukkan nombor TAC yang diterima dan klik Proceed.
7. Pilih Banking, klik proceed dan upload resit kos pos yang telah anda bayar di langkah ketiga tadi. Atau bayar melalui FPX. Ianya lebih mudah dan cepat! Berikan resit bayaran FPX pada staf.
8. Siap! Nanti semak semula My Shipment untuk dapatkan tracking number. Tunggu saja emas sampai di tangan anda dengan senyuman. In shaa Allah selepas dipos, emas anda akan sampai dalam masa 3-5 hari waktu bekerja (Semenanjung). Untuk Sabah/Sarawak akan ambil masa yang lebih sedikit.
TESTIMONI
1. Customer saya, En. Firdaus pos gold bar 0.5 gram ke Kinta, Perak. Beliau beli secara outright purchase (bayaran sekaligus).

2. Customer saya juga sahabat saya di sekolah rendah, Pn. Atikah pos 1 dinar emas ke Simpang Ampat, Pulau Pinang. Beliau beli secara SEPP (bayaran bulanan secara patuh syariah).

3. Customer saya, En. Rahim pos gold bar 1 gram ke Tenom, Sabah. Beliau keluarkan emas dari akaun GAP.

4. Customer saya, Cik Adzuana pos gold bar 10 gram ke Sabah. Beliau keluarkan emas dari akaun GAP.

5. Customer saya juga sahabat saya di UTM, Pn. Hanim hadiahkan gold bar 1 gram kepada ejen beliau yang cemerlang dalam jualan Premium Choco Leleh by Mamahelina. Sahabat saya keluarkan emas dari akaun GAP dan pos terus ke rumah ejen beliau. Ya, macam tu pun boleh!

Jadi, anda tak perlu risau kalau anda tinggal jauh dari cawangan Public Gold. Anda yang sibuk bekerja dan tak ada masa lapang juga tak perlu khuatir. Public Gold boleh hantar emas anda ke rumah! Siap insurans lagi. Best kan? Dengan bantuan teknologi, semuanya semakin mudah. Alhamdulillah.
© Zareen Naqiyah (PG00131385)