Menyimpang Seringgit Rugi Sejuta oleh Shamsuddin Kadir
- Harga : RM 18.00
- Tebal : 123 mukasurat
- Penerbit : Shamsuddin bin Abdul Kadir
Boleh tahan banyak ayat sentap dalam buku tulisan pakar kewangan Malaysia, Tn. Shamsuddin Kadir ni. Haha. Orang sekarang ni kalau cakap lembut-lembut taknak dengar.
Meh saya kongsi antara ayat-ayat sentap untuk santapan kalian. Saya rephrased la sikit:
1. Kalau sudi diperbodohkan oleh skim cepat kaya, silakan join. Sekurang-kurangnya dapat rasa ditipu.
2. Salah satu tanda skim cepat kaya, duit pelaburan anda akan digunakan untuk membeli atau pajakan hotel di Mekah, planet atau syurga! Haha ini sentap habis. Syurga terus.
3. Ramai takut nak simpan emas sebab dikenakan zakat. Zakat dah macam hantu raya atau pocong yang akan menghisap darah mangsa.
Ini top 3 yang buat saya tergelak besar. Hahaha.
Banyak nasihat murni lain dalam buku ni. Baiklah saya tulis jugak. Tiga cukup kan?
1. Kahwin jangan ikut tok adat. Tak perlu leburkan puluhan ribu ringgit dalam masa 4 jam sahaja. Duit tu boleh digunakan untuk bayar deposit rumah dan keperluan asas lain.
2. Lepas habis bayar hutang kereta, gunakan duit membayar ansuran seperti sebelum itu untuk melabur. Bukan tukar kereta baru. Kalau tak, hidup kita hanya pergi kerja pagi balik petang, dapat gaji bayar hutang.
3. Zakat itu penanda aras kejayaan melepasi tahap kemiskinan. Bersyukurlah Allah kurniakan nikmat untuk menyumbang kepada golongan yang layak.
Selebihnya boleh beli dan baca. Baru ada feel tu.





Pusat Pungutan Zakat (PPZ) pun ada menaja sebahagian kos penerbitan buku ini.
Tujuannya adalah untuk membantu warganegara kota menguasai ilmu kewangan. Bila ramai yang kuasai ilmu ini, in shaa Allah makin ramai ada simpanan dan pelaburan. Golongan ini akan menyumbang semula pada PPZ. Pendekatan ini dapat saya simpulkan seperti ini:
“Ajar seseorang menangkap ikan adalah lebih baik daripada memberikan saja ikan padanya.”
© Zareen Naqiyah (PG00131385)