uncategorized

Cara Semak Harga Semasa Emas dan Perak

ANDA BOLEH SEMAK HARGA SEMASA EMAS DAN PERAK SECARA ONLINE SAHAJA!

Apabila anda akses website rasmi Public Gold, anda akan nampak paparan seperti di bawah. Buat pelanggan Public Gold, harga emas dan perak yang tertera adalah rujukan buat anda menambah simpanan emas anda.

Buat bukan pelanggan Public Gold, anda boleh juga rujuk harga ini untuk membuat perbandingan. Jika harga yang ditawarkan Public Gold menarik minat anda dan anda berhasrat untuk membeli emas dan perak dari Public Gold, RUJUK SINI untuk ketahui cara-caranya.

Paparan harga emas dan perak di website rasmi Public Gold.

 

KATEGORI 1

Jika anda ingin menambah emas atau mulakan simpanan emas dalam akaun GAP, rujuk harga ini. Sebagai contoh, 1 gram emas 999.9 berharga RM 243 hari ini (8/4/2020). Harga ini berubah setiap hari jam 12 malam mengikut harga emas semasa dunia. Jika harga emas dunia bergerak terlalu agresif, Public Gold akan tukar harga (samada naik atau turun) walaupun sebelum jam 12 malam. 

 

KATEGORI 2

Buat anda yang ingin membeli emas secara outright purchase atau SEPP, rujuk harga emas yang berada dalam kotak biru. Harga ini akan berubah setiap 20 minit mengikut harga emas semasa dunia.

 

KATEGORI 3

Anda yang ingin menambah atau memulakan simpanan perak dalam akaun SAP (berkongsi akaun bersama GAP), boleh rujuk harga yang dipaparkan. Harga perak hari ini (8/4/2020) RM 250 untuk 100 gram. Sama seperti GAP, harga SAP juga berubah setiap hari jam 12 malam mengikut harga silver semasa dunia. Jika harga perak dunia bergerak terlalu agresif, Public Gold akan tukar harga (samada naik atau turun) walaupun sebelum jam 12 malam. 

 

KATEGORI 4

Jika anda memilih untuk membeli silver bar dengan kaedah outright purchase atau SEPP, rujuk harga yang ditunjukkan dalam kotak berwarna merah jambu. Harga ini berubah setiap 20 minit mengikut harga perak semasa dunia.

 

KATEGORI 5

Kotak berwarna hitam di hujung kanan gambar itu adalah graf pergerakan harga spot gold dan spot silver semasa dunia yang dipautkan pada website kitco.com (spot merujuk kepada harga mentah emas dan perak dunia, belum diproses dan ditambah premium over spot price atau bahasa mudahnya upah tukang).

Harga ini berubah setiap saat. Ini hanya rujukan buat anda. Jika nak beli emas atau perak dari Public Gold, rujuk harga dalam 4 kategori di atas.

Jika klik gambar Daily Gold Chart, paparan ini akan keluar. Spot gold yang dipaparkan adalah sebanyak 3 hari. Rujuk tarikh untuk setiap garisan berwarna.

 

NOTA

  • PG Sell : Harga yang Public Gold jual kepada anda. Rujuk PG Sell kalau nak beli emas atau perak.
  • PG Buy : Harga yang Public Gold beli daripada anda. Rujuk PG Buy kalau nak jual emas atau perak.

 

 

Harga emas dan perak Public Gold berbentuk transparent. Maksudnya, harga yang anda lihat itu adalah harga yang sepatutnya anda bayar. Ianya dikemaskini mengikut harga emas dan perak semasa dunia tidak kira harga naik mencanak atau jatuh merudum. Bukan harga yang sudah diperap seminggu di mana anda akan rugi sekiranya harga emas dan perak dunia sedang dalam trend menurun. Baik, itu saja caranya untuk semak harga emas dan perak Public Gold. Selamat mengumpul aset berharga ini!

 

© Zareen Naqiyah (PG00131385)

 

 

(Visited 3,603 times, 1 visits today)
Kongsikan Kepada Rakan Anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp Saya Nak Simpan Emas!