“APA KELEBIHANNYA JIKA SAYA MENJADI DEALER PUBLIC GOLD?” [UPDATED FEB 2022]
Jika sahabat semua membeli emas dari Public Gold dalam jumlah tertentu, anda layak menjadi dealer secara automatik. Biasanya jika berlaku situasi begini, saya akan beritahu kelebihan-kelebihan yang bakal anda dapat. Bila anda jadi dealer, keuntungan yang saya peroleh setelah pembelian anda yang seterusnya berkurang sebanyak 50-75%!
Jadi kenapa saya tetap beritahu anda jika saya akan rugi? Bagi saya, itu kerugian teknikal sahaja. Apabila anda dapat menikmati kelebihan-kelebihan yang ditawarkan Public Gold, itu lebih menggembirakan saya. Dan jika anda turut sama menyebarkan ilmu emas, itu sangat membahagiakan saya. Berapa banyak jiwa yang boleh kita sama-sama bimbing untuk celik emas. Nak bimbing 100,000 jiwa saya tak mampu nak buat seorang diri. Tetapi jika ada ramai dealer dalam empayar saya, in shaa Allah impian ini tak mustahil. Pesan mentor emas saya:
“Fikir poket customer, bukan poket sendiri. Fokus buat baik, buat baik, buat baik!”
KISAH SAYA JADI DEALER
Saya cuma bermula sebagai penyimpan emas pada Januari 2018. Tujuan saya mudah. Saya cuma nak alihkan sedikit wang pada setiap bulan menjadi emas supaya wang saya tidak bocor sana sini. Tetapi saya jadi minat pula dengan dunia emas ini. Ilmu emas adalah suatu ilmu yang sangat menarik. Saya selalu bercerita tentang emas kepada ahli keluarga dan rakan-rakan saya. Apa yang saya perhatikan, ramai daripada mereka tak tahu fungsi sebenar logam bernama emas ini. Apa yang mereka tahu, emas ini mahal dan dijadikan perhiasan kaum wanita sahaja.
Bermula dari situ, saya rasa bertanggungjawab untuk memandaikan orang di sekeliling saya seterusnya masyarakat di seluruh Malaysia dan luar negara tentang emas. Pada Oktober 2018, saya memberanikan diri mengambil keputusan untuk menjadi dealer Public Gold.
Sepanjang tempoh menjadi dealer ini juga saya peroleh banyak manfaat daripada Public Gold. Menjadi dealer sangat menarik dan istimewa kerana kita boleh manfaatkan kedudukan dan status kita dalam apa jua situasi pasaran harga emas ini samada naik ataupun turun. Saya nak tuan puan juga menikmati apa yang saya rasa selama ini. Tuan puan boleh buat keputusan di hujung artikel ini, in shaa Allah.
KELEBIHAN 1 : KOMISEN BELIAN EMAS DIRI SENDIRI
Untuk bergelar sebagai seorang Normal Dealer, anda perlu buat belian sekurang-kurangnya 200 gram, sekitar RM 55,500 (RM 275/gram pada 17/2/2022) dalam satu resit dan itu dikira sebagai belian pertama anda. Daripada belian pertama ini, anda belum mendapat komisen lagi.
Komisen sebagai dealer akan mula diperolehi daripada belian kedua dan seterusnya. Public Gold akan bayar komisen sebanyak 1.0%. Sebagai contoh, jika anda buat belian seterusnya berjumlah RM 5000, anda akan mendapat komisen sebanyak RM 50.
Tahap komisen ini boleh meningkat kepada 1.5% dan 2.0% mengikut tahap dealership masing-masing. Beli emas untuk diri sendiri pun sudah dapat komisen, belum lagi untuk introduce customer yang lain.

NOTA: UNTUK PROMOSI DEALER, WHATSAPP SAYA DI +6013-5245899
KELEBIHAN 2 : KOMISEN JUALAN BALIK EMAS DIRI SENDIRI
Bagi menikmati keuntungan dalam pelaburan ini, emas yang anda ada itu mestilah dijual balik. Setiap kali item emas itu dijual balik kepada Public Gold, komisen sebanyak 0.3% akan diperolehi jika anda seorang dealer. Semua tahap dealership menerima komisen jual balik yang sama iaitu 0.3% (rujuk gambar di atas).
KELEBIHAN 3 : KOMISEN INTRODUCE PEMBELI
Apabila kita ringan tangan menulis dan berkongsi tentang emas di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, WhatsApp dan lain-lain lagi, akan ada mata-mata yang memerhati. Mereka akan mula bertanya kita itu dan ini. Mereka mula memandang kita sebagai seorang yang berilmu, bukan penjual. Jika kita hanya menjual emas di media sosial, berkemungkinan besar kita akan kehilangan kawan. Sebaliknya jika kita berkongsi ilmu yang bermanfaat, rakan-rakan kita akan rasa mereka memperoleh sesuatu daripada kita. Media sosial adalah lubuk untuk membuat kebaikan!
Jadi, apabila mereka ingin membeli emas Public Gold, saya akan ambil tanggungjawab untuk menjadi introducer mereka. Tuan puan semua pun lakukanlah tanggungjawab yang sama. Bimbing mereka menyimpan dan melabur emas dengan ilmu yang betul.
Setiap orang yang beli emas atas recommendation kita, Public Gold akan bayar komisen berbentuk royalti 1.0%, 1.5% dan 2.0% mengikut tahap komisen masing-masing. Contohnya, jika jumlah emas yang customer anda beli pada bulan tersebut adalah RM 50,000. Sebagai Normal Dealer, Public Gold akan bayar anda sebanyak RM 500.
Sebagai dealer yang work smart, kita perlu didik customer kita untuk menjadi customer yang merdeka. Kita cuma consult dan tolong place order sahaja. Pembeli itu bayar dan ambil sendiri emas dari cawangan Public Gold berdekatan. Sampai bila-bila sahaja, jika customer kita itu buat belian emas, kita akan dapat komisen tersebut. Di sinilah kita dapat menjana passive income.
KELEBIHAN 4 : MEMBELI EMAS PADA HARGA DISKAUN & SIMPAN
Kalau kita dah introduce ramai pembeli, in shaa Allah selepas setahun, akan ada pembeli emas nak jual emas tu sebab nak pakai duit. Masa tu, kita berpeluang beli emas pada harga PG Buy, iaitu harga selepas ditolak spread (susut nilai) 6.0% – 9.0%.


Pembeli boleh jual emas mereka di cawangan Public Gold atau jual kepada kita (dealer). Sebagai dealer, kita boleh pertimbangkan untuk beli. Harganya sama saja macam di website. Pembeli yang dekat-dekat biasanya suka jual kepada dealer sebab boleh dapat duit on the spot. Kalau jual kepada Public Gold, duit tu akan masuk ke akaun bank pembeli dalam masa 1 hari bekerja.
Apabila customer tersebut jual emas kepada kita (dealer) dengan harga PG BUY, itu bermaksud kita membeli emas dengan harga tanpa susut nilai. Oleh itu, jika harga emas naik walaupun 6%, kita terus untung 6%! Mana lebih baik antara ASB, Tabung Haji dan Emas? Kita tak perlu tunggu setahun pun untuk dapat untung dividen.
KELEBIHAN 5 : MEMBELI EMAS PADA HARGA DISKAUN & JUAL
Contohnya, customer nak jual jongkong emas 10 gram yang dia ada dan kita beli pada harga PG Buy (RM 2248). Selepas itu, kita jual pula emas 10 gram itu kepada umum dengan harga PG Sell (RM 2470). Untung RM 222 dalam satu jualan. Kita boleh iklankan kepada customer-customer berdekatan. Mereka juga dapat jimat duit minyak daripada perlu ke cawangan. Mana lebih baik antara ASB, Tabung Haji dan Emas? Kita tak perlu tunggu setahun pun untuk dapat untung dividen.

KELEBIHAN 6 : KOMISEN OVERRIDING DEALER
Setelah lama berkecimpung dalam dunia emas ini, anda akan jumpa individu-individu yang ingin membeli emas dalam jumlah tertentu yang melayakkan mereka menjadi dealer secara automatik tidak kiralah pada belian pertama, kedua atau keseratus.
Saya yakin dan percaya, rata-rata rakyat malaysia lebih gemar menyimpan wang ringgit dalam ASB ataupun Tabung Haji. Apabila mereka tahu potensi dalam bidang emas ini, mereka akan alihkan sebahagian simpanan mereka kepada emas dalam jumlah yang melayakkan mereka menjadi dealer seperti kita. Mereka sudah faham bahawa membeli emas itu bukan membelanjakan duit tetapi duit itu hanya DITUKAR sahaja bentuknya kepada emas kerana hakikatnya emas itu juga duit. Bila-bila nak pakai duit, boleh jual saja atau pajak dulu emas tersebut.
Kalau dealer di bawah kita buat belian, Public Gold akan bayar overriding commission. Lihat contoh di bawah ini.
Contoh A
Zareen Naqiyah merupakan seorang Priority Dealer yang menjadi introducer kepada Encik XYZ. Encik XYZ ingin menjadi Normal Dealer. Belian pertama untuk melayakkan Encik XYZ menjadi Normal Dealer adalah RM 30,000. Zareen Naqiyah akan dibayar sebanyak RM 450 (1.5%) oleh Public Gold. Manakala untuk belian kedua dan seterusnya yang dibuat oleh Encik XYZ, Zareen Naqiyah akan dapat overriding commission sebanyak 0.5% (1.5-1.0% | rujuk semula jadual di Kelebihan 1) kerana tahap dealer mereka adalah berbeza.
Contoh B
Zareen Naqiyah merupakan seorang Priority Dealer yang menjadi introducer kepada Encik XYZ. Encik XYZ ingin menjadi Priority Dealer. Belian pertama untuk melayakkan Encik XYZ menjadi Priority Dealer adalah RM 50,000. Zareen Naqiyah akan dibayar sebanyak RM 750 (1.5%) oleh Public Gold. Manakala untuk belian kedua dan seterusnya yang dibuat oleh Encik XYZ, Zareen Naqiyah akan dapat overriding commission sebanyak 0.15% kerana tahap dealer mereka adalah sama.
KELEBIHAN 7 : MEMBUKA KEDAI EMAS TANPA KOS
Nak buka kedai emas fizikal memerlukan modal yang sangat besar, melibatkan jutaan ringgit. Kita perlu sediakan stok emas, bayar pekerja, insurans dan lain-lain lagi. Tetapi di Public Gold, kita hanya beli emas untuk simpanan diri sendiri dan dapat status dealer secara percuma. Public Gold sediakan 17 cawangan di seluruh Malaysia dan 1 di Indonesia untuk kita berurusan. Staf pula lebih lebih 300 orang. Tak ada apa-apa yuran yang dikenakan. Setiap sen terus ditukar jadi emas. Kita cuma perlu gunakan ilmu dan kemahiran yang ada untuk membina empayar bisnes kita.
FINANCIAL FREEDOM (BEBAS KEWANGAN) BERSAMA PUBLIC GOLD
Saya ada sebuah impian di mana saya tidak perlu bekerja tetapi saya mahu lakukan perkara yang saya suka. Ada duit dan ada masa, bebas kewangan dan bebas ke mana saja (alhamdulillah saya sudah capai impian ini setelah 3 tahun bersama Public Gold, 2019-2021). Cuba kita lihat, jika kita berjaya introduce 1000 orang customer yang merdeka. Setiap kali belian yang mereka buat, kita akan menerima komisen dari Public Gold hingga mati.
Sampai bila orang akan berhenti simpan emas? Bisnes emas bersifat evergreen, bukan trendy. Orang beli emas dari dulu, kini dan selamanya, in shaa Allah. Mungkin suatu hari nanti, pendapatan sebagai dealer Public Gold boleh membantu sahabat pembaca ‘pencen’ lebih awal dari apa yang dijangka, in shaa Allah.
Bagi saya, passive income adalah lebih bernilai daripada active income. Jika kita hilang upaya, active income akan turut hilang manakala passive income akan terus berjalan sepertimana biasa. Sungguh, passive income RM 1000 itu lebih berharga daripada RM 10,000 active income.
Untuk mencapai sesuatu yang indah semestinya tidak mudah. Dalam perjalanan mencapai 1000 customer, kita perlu sabar dalam membina empayar ini dan kesabaran inilah kunci utama bagi mereka yang sudah berjaya. Tetapi, percayalah:
Work hard will never betray you!
Impian ini agak sukar tetapi tidak mustahil. Setakat artikel ini ditulis hari ini (17/2/2022), customer yang berdaftar dengan Public Gold hampir 700,000 orang sahaja. Sedangkan populasi negara Malaysia hampir 33 juta orang. Ya, kita mempunyai peluang yang cerah untuk mencapai impian murni ini.
Tugas sebagai seorang dealer ini tugas yang mulia. Kita tidak megajak customer belanjakan duit untuk membina liabiliti yang akhirnya menjerat kewangan mereka. Dealer Public Gold memberi petunjuk buat para customer ini membina aset masa hadapan mereka bersama keluarga. Sematkan dalam diri kita untuk terus mendidik masyarakat celik dalam simpanan matawang sebenar iaitu emas. Kata pakar kewangan Robert T. Kiyosaki, “GOLD IS REAL MONEY! GOLD IS GOD’S MONEY!”
Hidup kita lebih manis dan indah jika kita sentiasa fikir untuk mendidik dan membantu orang lain. Jika kita asyik fikir untuk menjual, hati kita akan sentiasa berasa tidak tenang. Saya sangat suka dengan hadis ini:
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya.” – HR. Ahmad
Teruskanlah buat kebaikan kerana kita tak tahu kebaikan mana yang Allah pilih untuk menjadikan darjat kita mulia di sisiNya. Sama-sama kita mohon keberkatan dan keredhaan dariNya dalam menjalankan urusniaga ini. Moga Dia terima segala amalan kita. In shaa Allah, aamiin.
PELUANG TRAVEL VVIP BERSAMA PUBLIC GOLD
Masa mula-mula saya jadi dealer Public Gold dulu, saya fikir jika dapat buat side income RM 100 pun dah cukup bagus. Saya masih seorang student ketika menjadi dealer Public Gold. Amaun RM 100 itu sudah cukup besar bagi saya. Dapatlah makan mewah sikit di kampus. Saya ada perhatikan top performer di Public Gold dapat percutian percuma ke luar negara. Public Gold taja semuanya. Fully sponsored! Dalam hati saya:
“Jangankan trip ke Eropah, Asia pun belum tentu aku layak. Lebih baik aku fokus pandaikan orang tentang emas saja dulu. Allah akan lorongkan rezeki kemudian.”
Dalam masa yang sama, saya cuba cabar diri untuk melayakkan diri ke Mini SIP Trip (sekitar Asia) saja. Itu pun sudah satu idea yang gila bagi saya yang baru mula menapak dalam bisnes ini. Tuah ayam nampak di kaki, tuah kita siapa yang tahu? Alahmdulillah tahun 2020/2021 adalah tahun yang bertuah untuk saya.
“It’s a dream comes true. Public Gold hadiahkan 1 tiket percutian gaya VVIP ke negara terbesar di dunia untuk saya iaitu Rusia.”
Setiap tahun, Public Gold akan raikan dealer-dealer yang capai kriteria untuk pergi ke VVIP Trip. Ianya mustahil bagi saya pada fasa awal membina bisnes ini. Tetapi saya focus, consistent dan persistent sahaja buat benda yang betul dengan sabar. Alhamdulillah, tahun 2020/2021 giliran saya untuk menikmati VVIP Trip ini.
Jika saya boleh lakukannya, kalian sudah pasti boleh mencapainya juga, malah dengan lebih baik lagi. Berbekalkan education system buat dealer-dealer Public Gold yang sudah tersedia ini, kejayaan bukan lagi soal boleh atau tak boleh. Ianya hanya soal nak atau taknak sahaja.
Success is predictable! See you guys at the TOP!!
NAK JADI DEALER PUBLIC GOLD? WHATSAPP SAYA DI +6013-5245899. Saya akan guide tuan puan step by step sebaiknya.
© Zareen Naqiyah (PG00131385)
2 Comments
Unknown
Salam… Nk tnya.. Klu belian dlm 4k lbh in single resit blm blh jd dealer emas public gold ke?
zareennaqiyah
Waalaikumussalam.
Reply ini agak lambat tapi untuk soalan Pn. Saidiah, belian RM 4k dalam single receipt boleh jadi dealer dengan belian:
1. PG Jewel (barang kemas eksklusif PG) atau;
2. PG Museum (goldbar atau dinar di PGMall -> https://pgmall.my/seller_store_product/PG-Gold-Museum
Tetapi hanya pada promosi tertentu.Jika puan ada soalan lanjut, boleh hubungi saya di wasap +60135245899 (Zareen Naqiyah).
Terima kasih.