TAHU TAK ANDA BOLEH GUNA EMAS DALAM GAP UNTUK BERBELANJA DI PG MALL? (KEMAS KINI PADA 2/2/2021)
Sesiapa simpan emas dalam akaun emas GAP, ada satu kemudahan istimewa buat anda semua. Emas yang anda kumpul dalam akaun GAP itu dapat ditukarkan kepada c-wallet dalam PG Mall. C-wallet adalah salah satu kaedah bayaran yang kita boleh pilih untuk menyempurnakan pembelian.
CIRI ISTIMEWA
Apa yang membuatkan kemudahan ini istimewa adalah spread atau susut nilai yang dikenakan adalah hanya 5%! Harga GAP hari ini (2/1/2021) RM 265 segram. Jika anda transfer 1 gram, jumlah yang akan dimasukkan ke dalam c-wallet anda adalah 95% daripada RM 265 iaitu RM 251.75.
APA YANG BOLEH DIBELI DENGAN C-WALLET?
Apa sahaja yang anda nampak dalam PG Mall, semuanya boleh dibeli menggunakan c-wallet ini antaranya:
- Barang kemas eksklusif PG Jewel
- Barang kemas premium Aurora Italia
- Barang keperluan rumah seperti di Mydin
- Telefon bimbit seperti Vivo
- Penjagaan peribadi seperti Avon dan banyak lagi
CARA TRANSFER EMAS DARI GAP KE C-WALLET
Login akaun GAP menggunakan PG Code dan password masing-masing. Seterusnya:
- Klik Transfer.
- Masukkan kuantiti gram emas yang ingin anda transfer.
- Pilih c-wallet.
- Klik Request.
Selesai! C-wallet anda akan dikemaskini dalam masa 1-3 hari bekerja.
CARA MENGGUNAKAN C-WALLET DI PG MALL
Langkah Pertama
Login PG Mall menggunakan PG Code dan password masing-masing.
Langkah Kedua
1. Pilih barangan yang ingin anda beli dan add to cart dan ikut langkah seterusnya.
2. Semasa pembayaran, toggle butang Pay via C-Wallet seperti ditunjukkan anak panah.
3. Jumlah asal RM 730.00 sudah berkurang menjadi RM 619.42 sahaja kerana c-wallet berjumlah RM 110.58 telah digunakan.
4. Klik Place Order.
5. Klik My Profile -> My Orders -> Order Details untuk dapatkan tracking number.
Tunggu barang yang anda beli sampai di rumah dengan senyuman. Selamat berbelanja dengan bijak di PG Mall.
© Zareen Naqiyah (PG00131385)