KIRA BEZA ANTARA SIMPAN DUIT i-LESTARI KWSP BAWAH BANTAL DAN TUKAR JADI EMAS. MANA LEBIH UNTUNG?
(Ini adalah daripada posting asal saya di facebook bertarikh 9/5/2020. Masih ada duit i-Lestari? Boleh gunakan game plan ini iaitu tukarkan duit tersebut kepada emas.)
Awal-awal ni saya nak tekankan yang kiraan ini hanya antara simpan duit bawah bantal dan tukar jadi emas. Instrumen kewangan lain tenang-tenang saja ok.
Siapa nak kira sama-sama dengan saya, kena download dan install apps Financial Calculators untuk Android. Siapa pakai iOS, install apps EZ Financial Calculators.
Jangan terkejut, memang banyak kalkulator dalam tu. Tapi kita nak guna dua sahaja.
“Guna kalkulator masa jawab matematik SPM dulu boleh tak?”
Dapat A+ pun dulu, guna ni saja senang.
SIMPAN BAWAH BANTAL
Katakan anda mohon pengeluaran i-Lestari maksimum sebanyak RM 500. Setiap bulan anda simpan duit tu rapat-rapat bawah bantal. Lepas 12 bulan, dah ada RM 6,000.
Andaikan umur anda 30 tahun sekarang. Kurang-kurang pencen nanti umur 50 tahun. Sekarang ada masa 20 tahun lagi nak sampai waktu tu.
Lagi satu, tahu kan wang fiat ni ada inflasi? Kita ambil purata kadar inflasi di Malaysia sebanyak 3%.
Kira guna TVM Calculator
- Present Value (RM) : 6,000
- Annual Rate (%) : -3
- Period (years) : 20
- Compounding : Annually
- Future Value (RM) : 3262.77
Maksudnya di sini, duit RM 6,000 anda tu nilainya hanya tinggal RM 3,262.77 setelah 20 tahun. Inilah maksudnya orang asyik sebut inflasi tu. Nilai duit makin mengecil.
TUKAR JADI EMAS
Sama macam tadi, anda mohon maksimum RM 500 pengeluaran dari i-Lestari KWSP. Kali ini, anda beli emas berharga RM 6,000.
Cuba tengok gambar di bawah ni. Itu peratus kenaikan harga emas selama 20 tahun iaitu sebanyak 594.38%. Dengan kata lain, kenaikan 29.72% setahun.
Untuk tidak membuatkan anda terlalu teruja, kita kira 10% dah cukup. Jom kira berapa nilainya selepas 20 tahun.
Kira guna Calculator (Calculator SPM pun boleh)
- 10% average x 20 tahun : 200% price gain
- Emas kalis inflasi : tiada – 3%
- RM 6,000 x 200% : RM 12,000.00
Macam mana gais, beza tak dengan jumlah tadi? RM 12,000.00 setelah 20 tahun. Perbezaan lebih 3 kali ganda!
Emas anda ni tak beranak pun tapi harganya menaik untuk mengimbangi inflasi tadi. Itulah yang orang selalu cakap emas penyimpan nilai terunggul.
Kalau nak sambung keterujaan tadi, buat homework sikit. Kira pula kalau price gain adalah 594.38%.
CARA SIMPAN EMAS
Baik. Sekarang anda dah faham tapi mesti anda pelik dan tanya, “Duit KWSP dapat RM 500 saja sebulan. Macam mana nak beli emas berharga RM 6,000 tu?”
Tak perlu risau. Ada syarikat emas namanya Public Gold yang sediakan kaedah Syariah Easy Payment Purchase (SEPP). Bahasa layman nya adalah ansuran.
Tetapi kaedah ini telah disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisors, diketuai Datuk Dr. Mohd Daud Bakar yang juga pengerusi majlis penasihat syariah Bank Negara.
Saya sudah sediakan poster cantik menawan di bawah ni. Pilihlah mengikut kesesuaian. Cara belian rujuk DI SINI.
Ingat sahabat,
Dana i-Lestari KWSP ini adalah dana persaraan kita. Bukan untuk dijoli. Kalau nak simpan bawah bantal pula, nilainya dimamah inflasi.
Baiklah sahabat bijak semua. Selamat menabung aset emas untuk hari tua anda!
© Zareen Naqiyah (PG00131385)