“Kejayaan Meninggalkan Jejak” – Mentor, Tn. Mohd Zulkifli Shafie
Kita hidup dalam dunia yang penuh dengan peluang. Apa yang kita nak buat dan capai, ada orang lain dah buat dan berjaya mencapainya.
Prinsip ke-9 dalam buku How to Get From Where You Are to Where You Want to Be oleh Jack Canfield menceritakan tentang Success Leaves Clues.
Apa yang kita nak capai dalam hidup?
- Nak mula buat bisnes?
- Nak bebas hutang?
- Nak bebas kewangan?
Semuanya orang lain dah buat dan mereka meninggalkan jejak-jejak kejayaan mereka dalam bentuk buku, video, program, seminar, workshop dan sebagainya.
Seandainya kita sedar, sebenarnya hidup ini hanyalah connect-the-dots game dan kesemua dots, titik atau jejak tersebut sudah diterokai oleh orang lain.
Jadi, jika kita nak berjaya seperti mereka,
- Hanya follow blueprint kejayaan mereka.
- Gunakan sistem yang mereka guna.
- Hadir program yang mereka sediakan.
In shaa Allah kita akan dapat result yang sama.
Saya tiru posing mentor saya di Fox Lite Hotel DPulze, Cyberjaya.
Tambahan strategi untuk berjaya adalah Act As If. Kata penulis dalam prinsip ke-12 ini, kita mesti berkelakuan seperti kita sudah berjaya.
- Cara berfikir.
- Cara bercakap.
- Cara berpakaian.
Bergambar bersama mentor di G100 Leaders Dinner di Giggles & Geek, Cyberjaya.
Kita mesti tiru cara atau gaya seseorang yang sudah capai apa yang kita impikan.
Perlakuan seperti ini akan menghantar powerful signals kepada subconscious mind (minda bawah sedar) kita untuk terus bekerja kuat mencapai dreams.
Secara tidak langsung, dunia juga akan bertindak balas dengan menyediakan jalan menuju dreams yang diimpikan – The Law of Attraction.
Kenalpasti impian sebenar dan berkawanlah dengan mereka yang dapat membantu merealisasikan impian tersebut.
In shaa Allah semuanya akan berlaku secara alami.
Zareen Naqiyah (PG00131385)
Penang, Malaysia
28 Disember 2021
23 Jamadil Awwal 1443H