• Ilmu Emas

    Nak Buat Apa dengan Duit i-Lestari?

    KIRA BEZA ANTARA SIMPAN DUIT i-LESTARI KWSP BAWAH BANTAL DAN TUKAR JADI EMAS. MANA LEBIH UNTUNG? (Ini adalah daripada posting asal saya di facebook bertarikh 9/5/2020. Masih ada duit i-Lestari? Boleh gunakan game plan ini iaitu tukarkan duit tersebut kepada emas.) Awal-awal ni saya nak tekankan yang kiraan ini hanya antara simpan duit bawah bantal dan tukar jadi emas. Instrumen kewangan lain tenang-tenang saja ok. Siapa nak kira sama-sama dengan saya, kena download dan install apps Financial Calculators untuk Android. Siapa pakai iOS, install apps EZ Financial Calculators. Jangan terkejut, memang banyak kalkulator dalam tu. Tapi kita nak guna dua sahaja. “Guna kalkulator masa jawab matematik SPM dulu boleh tak?”…

  • Ilmu Emas

    Gadai Emas GAP di ArRahnu Secara Online Patuh Syariah

    “GADAI EMAS ONLINE?” YA, ANDA TAK SALAH BACA! Anda bukan saja dapat beli dan jual emas secara online. Malah gadai emas pun boleh buat secara online juga. Jika anda ada akaun Public Gold dan simpan emas dalam akaun emas GAP, anda boleh menggadaikan emas anda sekiranya memerlukan tunai segera. TERMA & SYARAT Pinjaman adalah 70% daripada harga GAP. Upah simpan adalah 1% sebulan daripada nilai GAP. Tempoh masa gadaian adalah 6 bulan. Jika gadaian dibuat sebelum jam 4 petang, duit gadaian akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda keesokan harinya waktu bekerja (jika akaun Maybank). Jika selepas 4 petang maka wang gadaian akan dimasukkan dalam tempoh 2 hari bekerja.  …

  • Ilmu Emas

    Zakat Emas Simpan, Emas Perhiasan dan Perak

    “SIMPAN EMAS TU JANGAN LUPA BAYAR ZAKAT” Bila saya sarankan simpan emas, selalu ada yang berpesan macam ayat di atas ni. Saya nak kongsi sikit. Daripada pengalaman saya, saya boleh katakan penyimpan emas lebih ingat tentang zakat berbanding mereka yang tak simpan emas. Orang yang simpan emas, baru beli 1 dinar (4.25 gram) emas pun dah sibuk fikir dan tanya tentang zakat. Walhal, 85 gram (bersamaan 20 dinar) barulah diwajibkan zakat. Sedangkan orang simpan duit dalam akaun bank, kita boleh katakan lebih banyak yang lupa bayar zakat walaupun duit simpanan di bank pun sebenarnya dikenakan zakat sama macam zakat emas juga. Sepatutnya orang yang tak simpan emas tu kena selalu…

  • Ilmu Emas

    Gadai Emas Di POS ArRahnu

    SELAIN SERVIS POS BARANG DAN BAYAR BIL, POS MALAYSIA JUGA SEDIAKAN SERVIS PAJAK GADAI ISLAM. Terlalu banyak kemudahan yang ditawarkan oleh syarikat gergasi Malaysia ini dari pengeposan bArang, pembayaran bil, pembaharuan lesen dan cukai jalan dan banyak lagi. Pos Malaysia melangkah satu langkah lagi ke hadapan apabila memperkenalkan servis pajak gadai Islam pula yang dinamakan sebagai POS ArRahnu. Artikel kali ini saya nak kongsikan tentang empat perkara utama yang anda perlu tahu tentang gadaian emas di POS ArRahnu.   1. Berapa nilai emas (dipanggil nilai marhun) anda sewaktu proses gadaian? POS ArRahnu menerima gadaian berupa kemas dan juga jongkong emas. Jika sahabat semua ke pejabat pos, perasan tak gambar seperti di…

  • Ilmu Emas

    Emas Sebagai Mas Kahwin

    ANTARA DUIT DAN EMAS. MANA SATU LEBIH BERMAKNA UNTUK DIJADIKAN MAS KAHWIN? Perasan tak kalau sahabat menghadiri majlis akad nikah saudara-mara, kawan-kawan atau jiran tetangga, ada antara mereka memilih emas sebagai mas kahwin. Apa istimewanya emas berbanding duit kertas? Baca kisah-kisah di bawah ini dan anda nilai sendiri. Selebriti terkenal tanah air, Datuk M. Nasir berikan 13 keping 1 dinar sebagai mas kahwin buat isterinya, Marlia Musa. Pada masa itu harga 13 keping dinar cuma RM 2000. Selepas 20 tahun berlalu, nilainya sudah mencecah RM 11,089! (merujuk kepada harga dinar 22k Public Gold pada 15/3/2020. Jika dinar 24k, harganya RM 12,298!). Lebih lima kali ganda nilainya.     Salah seorang…

  • Ilmu Emas

    Manfaat Simpan Emas Selain “Buy Low, Sell High”

    APAKAH MANFAAT EMAS SELAIN “BUY LOW, SELL HIGH”? Jika sahabat semua cuma fikir emas ini beli pada harga murah dan jual pada harga mahal, mindset anda salah! Buang jauh-jauh mindset kuno tu. Manfaat emas tersangatlah banyak sehingga tak terfikir dek akal pun sebelum ni. Nampak gambar di bawah ni? Saya sediakan cantik-cantik khas buat anda yang nak tahu manfaat emas.     1. Menunaikan Ibadah Haji atau Umrah Tidak menjadi masalah kumpul dana untuk ke tanah suci ini dalam bentuk wang ringgit. Tetapi sudah menjadi lumrah manusia suka membelanjakan wang. Lagi banyak duit yang dikumpul, lagi ligat otak ni berfikir nak beli itu dan ini. Emas pula bila disimpan, sayang…

  • Ilmu Emas

    Hadiah Dari Saya

    HADIAH DARI SAYA, ZAREEN NAQIYAH! Pertama sekali, saya puji tindakan para pembaca yang bersungguh-sungguh mencari ilmu emas sebelum memulakan simpanan ataupun pelaburan emas. Aset yang paling mahal bukan emas, perak, hartanah atau apa sahaja tetapi ilmu. Jika anda ada harta setinggi gunung pun, ianya akan habis begitu sahaja tanpa ilmu yang betul. Jadi, ebook ini saya hadiahkan buat anda untuk lebih mengenali logam mulia yang bernama emas ini. Semoga bermanfaat!     1. Ebook 5 Minit Review Tentang Emas 2.   Satu lagi, aset yang paling berharga selain ilmu adalah masa. Apabila anda sudah memahami sedikit sebanyak ilmu emas dan sudah kenal pasti platform atau syarikat yang betul, mulakan segera.…

  • Ilmu Emas

    Harga Emas Bakal Meningkat Tahun 2020!

    HARGA EMAS DIJANGKA AKAN BERSINAR PADA TAHUN 2020 Keratan akhbar pada 31/12/2019 melaporkan bahawa Poh Kong Holdings Bhd menjangkakan harga emas bakal naik pada tahun 2020. Kenaikannya boleh mencecah AS$1700 per auns. Berapa pula harganya dalam RM untuk satu gram emas? Jom kita main kira-kira sikit.   Langkah Pertama Dapatkan harga 1 gram dalam nilai AS$. Satu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Jadi, AS$1700 ÷ 31.10 gram = AS$54.66/gram   Langkah Kedua Tukarkan 1 gram dalam AS$ kepada RM AS$54.66 x RM 4.09 (kadar tukaran hari ini) = RM 223.56   RM 223.56 itu harga spot iaitu harga emas mentah. Harga yang dijual oleh penjual kepada orang ramai ditambah pula…

  • Ilmu Emas

    Jadi Kaya dengan Simpan Emas

    GOLD SAVER ATAU PENYIMPAN EMAS SENTIASA DAN TERPAKSA JADI KAYA Seorang penyimpan emas tak ambil kisah sangat berapa harga emas semasa. Yang penting, simpanan emas dia bertambah. Kalau tahun lalu simpanan emas dia cuma 100 gram. Tahun ini, dia akan pastikan simpanan dia bertambah menjadi 150 gram atau 200 gram. Dia happy bila GRAM emas dalam simpanan dia bertambah. Bila ada emas yang banyak, pastinya dia ada duit yang banyak. Ada emas maksudnya ada duit. Ada duit belum tentu ada emas. Bila nak pakai duit, dia boleh gadai saja emas-emas itu buat seketika. Atau jual saja kalau ada hal yang benar-benar mustahak. Kalau harga emas murah, gold saver ni suka…

  • Ilmu Emas

    Bagaimana Menentukan Mahal Murah Emas?

      BILA EMAS MAHAL? BILA EMAS MURAH? BERBALOI KE BELI SEKARANG? KE TUNGGU DULU? Ini merupakan persoalan yang selalu difikirkan oleh bakal penyimpan atau pelabur emas. “Sekarang emas mahal ke?” “Sekarang emas murah ke?” Akhirnya 2-3 tahun, asyik berfikir sahaja. Tidak juga beli emas. Rugi tuan-tuan dan puan-puan. Baik, untuk menjawab persoalan ini, hanya ada SATU formula yang acap kali disarankan oleh mentor-mentor emas. MULA! Ya, mula membeli emas supaya kita ada benchmark (penanda aras) sendiri. Cara paling mudah untuk mewujudkan benchmark ini adalah dengan bermula serendah 1 gram. Pada tahun 2015, harga 1 gram emas adalah sekitar RM 147. Hari ini RM 182/gram (25/12/2018). Harga emas pada 2015 tidak…

WhatsApp Saya Nak Simpan Emas!