uncategorized

Apa Itu SEPP?

MACAM MANA PROSES PEMBELIAN EMAS SECARA SEPP NI?

Kaedah belian emas secara Syariah Easy Payment Purchase (SEPP) ini tak susah pun malah memudahkan sahabat yang kurang mampu untuk membeli secara Outright Purchase.

Dalam bahasa mudahnya, SEPP ini seperti kutu emas. Biasanya akan ada seorang ‘mak kutu’ yang pegang emas tersebut dan ‘anak kutu’ akan menunggu giliran masing-masing mengikut bulan.

Tetapi di Public Gold ianya tidak disebut kutu emas dan proses pembeliannya pun tidak 100% seperti itu. SEPP ini hanya melibatkan diri anda dan Public Gold sahaja. Tidak ada pihak lain. Jadi, tak perlu risau mak kutu menghilangkan diri dan sebagainya. Untuk pengetahuan semua, main kutu adalah satu kesalahan di bawah Akta (Larangan) Wang Kutu 1971.

Sahabat semua boleh berasa tenang berurusan dengan Public Gold kerana kaedah belian secara SEPP ini telah disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisors Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar. RUJUK SINI untuk memahami proses jual beli Public Gold dari perspektif syariah.

 

Untuk menggunakan kaedah SEPP, item emas yang ingin dibeli mestilah bernilai RM 500 dan ke atas. SEPP yang disediakan adalah sebanyak 4 dan 10 kali.

  • EPP 4 : Semua item emas bernilai RM 500 dan ke atas.
  • EPP 10 : Sekurang-kurangnya RM 5000 dan ke atas.

 

PERINGATAN! Tak semua item emas berbaloi dibeli secara SEPP kerana harga per gramnya agak tinggi. Saya berikan contoh emas ½ dinar dan 5 gram yang masing-masing berharga RM 550 dan RM 1250 (rujuk gambar di bawah). Apabila dibahagikan harga tersebut dengan gramnya, harga per gram untuk item-item berikut adalah seperti ini:

  • ½ dinar; RM 550 ÷ 2.125 gram = RM 258.82
  • 5 gram; RM 1250 ÷ 5 gram = RM 250

 

Jika dilihat pada harga per gram emas GAP, harganya cuma RM 241. Jadi, item emas yang termasuk dalam kategori LBMA Small Bar/Wafer ini lebih berbaloi jika dibeli melalui akaun emas GAP.

Kalau sahabat nak beli emas secara SEPP ini, item emas paling kecil yang berbaloi adalah 1 dinar. RM 1012 dibahagikan dengan 4.25 gram hanya RM 238.12. Lebih berbaloi bukan?

Harga emas Public Gold pada 25/3/2020.

 

Baik, selesai tip yang saya berikan berkenaan pemilihan item emas. Sekarang saya ringkaskan pula bagaimana kaedah SEPP ini berfungsi untuk sahabat semua dapat gambaran yang jelas.

 

1. Lock harga

  • Katakan harga emas pada satu-satu masa tu sangat-sangat cantik untuk anda beli. Tetapi sekarang anda tak ada wang RM 11,573 (harga pada 28/2/2020) untuk beli 50 gram sekaligus.
  • Jadi anda lock harga RM 11,573 tu sekarang dan buat SEPP 10 iaitu pembayaran sebanyak 10 kali selama 10 bulan (rujuk jadual bayaran di bawah).

 

2. Bayar setiap bulan dengan berdisiplin

  • Selepas invois rasmi dikeluarkan, anda hanya perlu bayar jumlah yang ditetapkan setiap bulan.
  • Kalau lima bulan akan datang harga emas 50 gram naik kepada RM 12,000, anda tak perlu tambah duit. Bayaran tetap sama.
  • Dah la untung dapat bayar secara bulanan, harga emas naik pun tak perlu tambah duit. Memang sangat membantu SEPP ni.

 

3. Habis bayar, ambil emas

  • Apabila anda selesai buat 10 kali bayaran tersebut, anda dah boleh ambil emas di cawangan Public Gold terdekat.
  • Anda boleh juga singkatkan masa bayaran contohnya lima bulan sahaja. Lebih cepat bayaran selesai, lebih cepat anda dapat ambil emas.

 

Jadual bayaran 50 gram BungaMas oleh customer saya, Encik Azim.

 

Jadi dah faham kan macam mana kaedah belian SEPP ni? Saya kongsikan cara belian yang mudah difahami DI SINI. Ikut saja langkah demi langkah.

 

© Zareen Naqiyah (PG00131385)

 

(Visited 1,062 times, 1 visits today)
Kongsikan Kepada Rakan Anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp Saya Nak Simpan Emas!