uncategorized

Cara Jual Emas Selepas Outright Purchase

DI MANA BOLEH JUAL SEMULA EMAS PUBLIC GOLD?

Public Gold memberikan jaminan belian balik emas keluaran mereka. Tidak kiralah macam mana bentuk sekalipun sama ada PATAH, BENGKOK, KEMEK atau sebagainya. Asalkan beratnya masih sama. Lebih menarik, spread atau susut nilainya hanya 10% walaupun berlaku kecacatan pada emas tersebut.

Tambahan lagi, emas Public Gold diiktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA). Secara ringkasnya LBMA merupakan satu badan induk yang berpusat di London. Ia mengawal dan menentukan pasaran Emas dan Perak di seluruh dunia.

Pengawalan oleh badan ini termasuk:

  • Harga pasaran semasa dunia
  • Tahap ketulenan
  • Kualiti mengikut spesifikasi
  • Standard berkaitan
Public Gold jamin belian balik walaupun seal telah terbuka.
Patah begini sekalipun Public Gold terima untuk jualan balik dengan spread tidak melebihi 10%!

Jadi dengan pengkreditan ini, emas Public Gold bukan sahaja dapat dijual di Public Gold, kedai-kedai emas dalam negara, malah dapat dijual dengan mudah di luar negara. Sudah banyak emas Public Gold dijual di luar negara. Di bawah ini merupakan pengalaman dealer aktif dan official speaker Public Gold, En. Fendy Rusli menjual emas Public Gold di luar negara tanpa sebarang masalah. Saya ada bergambar dengan beliau semasa JLT 2018 di Penang.

Itu kalau nak jual di luar negara. Dalam negara, lagi la tak ada masalah. Kalau emas tulen, di mana-mana saja diterima in shaa Allah. Bezanya cuma harga yang anda akan dapat daripada sesuatu kedai emas. Emas Public Gold diterima untuk dijual semula di kebanyakan kedai emas. Jadi, anda tak perlu risau. Cuma tip dari saya, jual emas di kedai atau syarikat emas yang anda beli untuk spread yang lebih terjamin dan harga yang lebih baik. Beli di Poh Kong, jual semula di Poh Kong. Beli di Habib Jewels, jual semula di Habib Jewels. Sahabat yang beli di Public Gold, maka juallah semula di Public Gold.

Ada dua cara untuk anda jual semula emas anda kepada Public Gold:

  • Walk in ke mana-mana cawangan Public Gold.
  • Lock harga buyback di website dan bawa emas ke cawangan Public Gold.

 

CARA PERTAMA (Walk in)

Cara ini sangat mudah. Ini apa yang perlu anda lakukan:

  1. Walk in ke mana-mana cawangan Public Gold dan beritahu staf di sana bahawa anda nak jual emas anda.
  2. Staf akan bantu uruskan proses jualan emas anda. Jika anda belum kemaskini maklumat akaun bank di akaun Public Gold anda, staf akan minta maklumat itu pada hari tersebut.
  3. Duit akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda. Akaun Maybank (1-2 hari bekerja) dan lain-lain (3-5 hari bekerja).

(P/s: Bawa kad pengenalan dan jangan lupa bawa emas anda!)

Staf Public Gold yang mesra pelanggan sedia membantu anda.

 

CARA KEDUA (Lock Harga di Website)

Cara ini sesuai buat mereka yang mementingkan harga. Golongan ini biasanya pelabur emas atau mereka yang menitikberatkan keuntungan maksima daripada jualan emas tersebut. Apabila anda tengok harga emas tengah tinggi dan anda nak jual emas anda tetapi waktu itu dah malam, waktu anda bekerja atau ada urusan penting lain, anda boleh gunakan kaedah ini. Ini kerana harga Public Gold berubah setiap 20 minit. Jika anda tunggu esok baru nak walk in ke branch, mungkin harga dah turun sikit. Jadi, ini cara-caranya. Amat mudah!

1. Log in Akaun Emas

Log in akaun emas anda di website rasmi Public Gold.

 

2. Membuat Buyback Order

Klik Order dan Buyback Order.

 

3. Pilih Emas

Pilih item emas yang ingin dijual dan klik Add to list.

 

4. Add to List

Masukkan kuantiti emas yang ingin dijual dan klik Add to list.

 

5. Pergi ke Halaman List

Klik butang List di penjuru kanan.

 

6. Kemaskini List

Semak dan pastikan butiran tentang item emas yang ingin dijual, jumlah dan harganya betul. Jika anda ingin menukar jumlah emas, anda hanya perlu ubah di bahagian quantity. Klik update list dan proceed to next page.

 

7. Confirmation
  1. Pilih cawangan Public Gold untuk anda menghantar emas. Contohnya Sungai Petani, Kedah.
  2. Lengkapkan maklumat akaun bank untuk tujuan pengkreditan.
  3. Tanda kotak I Agree and Understand of the Terms & Conditions.
  4. Semak butiran sekali lagi dan klik Place BuyBack.

 

Setelah pengesahan jualan semula (buyback) dibuat, anda dikehendaki untuk menghantar emas anda ke cawangan Public Gold yang anda pilih dalam masa 24 jam. Duit akan dikreditkan dalam akaun bank anda dalam masa 1-2 hari bekerja (Maybank) atau 3-5 hari bekerja (lain-lain).

PERINGATAN! Jika anda gagal berbuat demikian, akaun emas anda akan dibekukan buat sementara waktu sehingga caj pengurusan sebanyak 5% dijelaskan. Jadi, pastikan anda rancang betul-betul urusan jualan balik emas anda untuk mengelakkan daripada dikenakan tindakan oleh pihak Public Gold.

 

© Zareen Naqiyah (PG00131385)

(Visited 825 times, 1 visits today)
Kongsikan Kepada Rakan Anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp Saya Nak Simpan Emas!