Pendidik Emas Bertauliah

Jutawanemas Leadership Training (JLT) Seberang Jaya, Penang 2018

Sebagai seorang Dealer Public Gold, saya amat mementingkan setiap penyimpan emas di bawah bimbingan saya mendapat ilmu penyimpanan dan pelaburan emas yang betul.

Jadi, saya mengambil langkah yang sewajarnya dengan menghadiri Jutawanemas Leadership Training (JLT) ke-31 yang bertempat di Sunway Carnival Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Di sini, semua dealer yang komited diberikan pendedahan yang secukupnya tentang ilmu emas. Ilmu-ilmu inilah yang akan dikongsi bersama tuan-tuan dan puan-puan di luar sana.

Penceramah-penceramah yang berkongsi ilmu emas semasa kursus ini bukanlah sembarangan orang. Mereka merupakan figura hebat dan berjaya di Public Gold dan juga dunia emas.

Mentor emas saya, En. Mohd Zulkifli Shafie dan isteri beliau, Pn. Najdah
Sifu Emas Malaysia, En. Syukor Hashim
Official Speaker Public Gold, En. Noorazli Afeenddy (Abang Long)

 

Alhamdulillah saya ditemukan dengan Dealer Public Gold yang hebat belaka. Mereka semua tidak lokek ilmu kerana mereka juga mempunyai niat murni dan tujuan yang sama seperti saya, iaitu untuk membimbing lebih ramai masyarakat supaya celik emas. Kami akan sama-sama berusaha sedaya upaya kami untuk merealisasikan impian yang besar ini. Moga dimudahkan, in shaa Allah.

Dealer yang hebat dan komited
Gambar kenangan bersama mentor emas kami, En. Mohd Zulkifli Shafie

 

Janji saya, jika anda menyimpan emas di bawah bimbingan saya, anda bukan hanya dapat emas semata-mata. Tetapi beserta dengan pakej ilmu emas. Semoga kita semua menjadi penyimpan emas yang berilmu.

 

© Zareen Naqiyah (PG00131385)

 

Kongsikan Kepada Rakan Anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp Saya Nak Simpan Emas!