Pendidik Emas Bertauliah

Jutawanemas Leadership Training (JLT) Setapak, Kuala Lumpur 2019

Bagi memastikan diri saya sentiasa ‘updated’ dengan ilmu emas dan juga kekal relevan dalam bisnes emas, saya akan paksa diri sekurang-kurangnya setahun sekali untuk menghadiri training atau kursus dealer Public Gold.

Saya bukan hanya menyimpan emas seorang diri tetapi ada ramai penyimpan emas yang percayakan dealership saya. Jadi, saya perlu sentiasa mengemas kini pengetahuan dalam bidang ini bagi membantu mereka yang berada bawah bimbingan saya untuk menyimpan emas dengan ilmu yang betul.

Alhamdulilah pada 7-8 Disember 2019, saya menghadiri Jutawanemas Leadership Training (JLT) buat kali keduanya yang diadakan di Bilik Seminar Kuala Lumpur, Setapak, Kuala Lumpur. Penyertaan dealer kali ini amat memberangsangkan jika dibandingkan dengan JLT pertama saya pada 2018. Jumlah dealer yang turut serta kira-kira empat kali ganda lebih ramai. Lebih istimewa, para dealer yang hadir adalah dari serata Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan juga Indonesia!

Dealer-dealer dalam kumpulan saya ada yang jauh dari Sarawak dan Indonesia.
Ini Ibu Ressy. Beliau datang jauh dari Indonesia untuk mendalami ilmu emas.

Ini suatu keadaan yang amat mengembirakan bagi saya kerana ini adalah peluang besar untuk saya menimba ilmu daripada dealer-dealer yang hebat. Perkongsian demi perkongsian menarik didedahkan oleh para penceramah yang juga dealer berjaya dalam Public Gold. Perkara yang paling saya suka dengan keluarga dealer Public Gold ini adalah para penceramah sedikit pun tidak lokek ilmu. Apa yang mereka tahu, mereka kongsikan dengan hadirin tanpa bayaran! Ya, tuan puan sekalian. Tiada bayaran yang diberikan kepada penceramah ini. Mereka berkongsi dengan rela hati.

Sifu Emas Malaysia, En. Syukor Hashim sendiri kongsikan ilmu.
En. Hafiz Shafie berkongsi tentang Blog Marketing.

Para komiti yang bertungkus-lumus menjayakan program ini juga tidak menerima apa-apa bayaran. Mereka korbankan masa, tenaga dan wang tanpa ada siapa yang paksa. Mentor-mentor juga begitu. Guru Emas Malaysia, En. Syukor Hashim bersama isteri beliau, Pn. Jonaina turut turun padang bagi mencurahkan ilmu mereka kepada kami semua. Tidak lupa isteri mentor emas saya (En. Mohd Zulkifli Shafie) iaitu Pn. Najdah yang hadir untuk memberikan semangat kepada kami.

Para komiti yang sangat banyak berjasa menjayakan JLT kali ini.
Sesi bersama mentor dengan En. Syukor Hashim dan Pn. Jonaina.
Sesi bersama mentor dengan Pn. Najdah.

In shaa Allah berbekalkan ilmu yang diperoleh, saya akan berusaha lebih gigih lagi dalam menyampaikan ilmu simpanan dan pelaburan emas yang betul.

Gambar kenangan para dealer dalam kumpulan saya bersama mentor-mentor.
Penyampaian sijil oleh En. Syukor Hashim.
Zareen Naqiyah. Dealer bertauliah!

Saya sangat berharap agar dapat menyertai JLT seterusnya pada masa akan datang. Tujuannya adalah untuk memantapkan pengetahuan bagi membolehkan saya terus mendidik anda semua menyimpan emas dengan ilmu yang betul! In shaa Allah.

 

© Zareen Naqiyah (PG00131385)

 

(Visited 235 times, 1 visits today)
Kongsikan Kepada Rakan Anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp Saya Nak Simpan Emas!