Bantu Diri (Self Help)

Rejection Proof

Rejection Proof oleh Jia Jiang

  • Harga : RM 59.90
  • Tebal : 226 mukasurat
  • Penerbit : Random House Business Books

 

Best sangat buku ni. Rasa macam nak makan!

Buku ini mengajak kita mencari pasal.
Buku ini mengajar kita melawan diri sendiri.
Buku ini mendorong kita menjadi lebih berani.

Berani berangan lebih tinggi.
Berani melangkah mencapai impian.
Berani menentang musuh dari dalam iaitu ketakutan diri sendiri.

1. Jia Jiang, seorang remaja 16 tahun dari Beijing, China berhijrah ke Amerika Syarikat untuk mengejar cita-cita menjadi seorang pereka cipta dan usahawan berjaya seperti idolanya, Bill Gates. Dia berikrar akan membeli Microsoft pada usia 25 tahun. Fuh!

2. Pada tahun 1999, Jia baru berusia 17 tahun. Dia ada idea yang dia fikir sangat bernas masa tu. ʼRollerbladesʼ yang banyak orang kata kool itu dia nak ubah jadi lebih kool.

3. “How cool it would be to combine a tennis shoe with a Rollerblade?” fikir Jia bila teringatkan memori ber-roller-skating bersama kawan-kawannya.

4. Jia siapkan ʼblueprintʼ idea teragungnya itu dan minta pendapat pakciknya yang menetap di San Diego. Dia sangat mengharapkan persetujuan dan pujian daripada insan yang dianggap sebagai ayah keduanya itu.

5. Dan… “Ini idea bodoh! Baik hang fokus pada pelajaran dan English hang yang masih pelat-pelat tu.” sergah pakcik Jia.

6. Kecewa gais kecewa! Jia fikir pakciknya mahu dia cemerlang dalam pelajaran. Jadi, Jia kuburkan impiannya itu dalam sebuah laci.

7. Dua tahun lepas tu, dada Jia rasa macam nak meletup sebab seorang lelaki bernama Roger Adams patenkan idea sama, serupa dan sebijik pada tahun 2001.

8. Sejurus selepas IPO di pasaran saham, nilai syarikat kasut yang diberikan nama Heelys (Google je kalau nak tengok rupanya) itu mencecah hampir $1 bilion!

9. Selepas beberapa tahun, Jia rasa menyesal sangat sebab dia reject diri dan buah fikiran sendiri sebelum dunia reject dia. Disebabkan tak sanggup hidup dalam serba salah, Jia berhenti dari kerjanya yang bergaji lumayan dan menubuhkan syarikat sendiri bermula dari bawah.

10. Untuk mengatasi ketakutannya dengan rejection, Jia mulakan projek “100 Days of Rejection” dan mengharapkan jawapan “No!” untuk setiap cubaan.

11. Jia buat permintaan yang tak masuk akal setiap hari. Ada ke patut dia mintak untuk refill burger? Nak tolong delivery-kan Domino’s? Main bola di laman rumah orang? Minta Olympic rings customised doughnut?

12. Ini senarai 100 video yang dia rekod. Kalian tengoklah. Nak gelak ada. Rasa nervous pun ada.

13. Video donut berbentuk Olympic rings itulah yang memperkenalkan dia pada dunia. Banyak media massa buat liputan termasuk Yahoo!, News, Forbes, MTV dan banyak lagi. Sebabnya Jia mengharapkan rejection tetapi pengurus kedai tu berusaha jugak buatkan donut seperti yang dipinta.

14. Sejak projek 100 Days of Rejection tu Jia dah tak takut nak buat permintaan. Dia dah jadi expert dan kebal.

15. Pada suatu hari, selepas Jia membuat sebuah ucapan di hadapan beribu-ribu penonton, dia bertanya kepada pakciknya kenapa lelaki itu menolak idea rollerblade nya dulu. Pakcik dia cakap, “Aku bukan tak suka hang nak jadi usahawan. Tapi aku cuma tak suka idea kasut hang tu ja.”

16. Tergamam, bagai dipanah petir! Rupanya Jia salah anggap selama ni. Kalaulah dia tak takut rejection dan tanya satu soalan saja lagi kepada pakciknya, “Kenapa pakcik tak suka idea saya ni? Why?” Dia akan dapat jawapan masa tu juga.

17. Jia dah bazirkan masa bertahun-tahun sampai ada anak baru dapat jawapan sebab ketakutannya untuk bertanya.

Dalam buku ini, Jia mengajar kita supaya berani dan jangan takut membuat sesuatu permintaan. Selagi kita tak tanya, selagi itulah kita tak tahu keajaiban-keajaiban yang bakal berlaku.

Biar dunia menilai dahulu sebelum kita menghukum idea sendiri. Ini pesanan Jia yang paling popular:

“Rejection is like chicken. It’s either yummy or yucky, depending on how you cook it.”

Thanks for writing your priceless stories Jia. It’s so encouraging!

 

© Zareen Naqiyah (PG00131385)

 

(Visited 19 times, 2 visits today)
Kongsikan Kepada Rakan Anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp Saya Nak Simpan Emas!