SIMPANAN EMAS BERMATLAMAT LEBIH BERKESAN
Simpan emas mesti bermatlamat. Jika kita dah tahu apa yang kita nak, kita akan berusaha ke arah itu. Kita akan bersungguh-sungguh dalam usaha kita kerana kita tahu jika tidak, tidak akan tercapailah apa yg dihajati.
Sebab itu ada orang rasa rugi kumpul dan simpan emas. Bagi mereka, itu hanya tindakan yg buang masa dan sia-sia. Sebenarnya mereka lah yang telah mensia-siakan emas itu sendiri. Kerana terlalu banyak manfaat emas ini bagi mereka yang ada ilmu.
Kenapa mereka menganggap penyimpanan emas ini merupakan tindakan yang sia-sia? Sebab mereka nampak emas itu hanya disimpan. Mereka tak dapat beli material yang dapat digunakan. Contohnya, jika mereka beli kereta, mereka akan berpuas hati kerana dapat memandu kereta tu ke mana-mana. Kalau beli handphone pula, boleh berswafoto (selfie) sampai penuh galeri. Mereka hanya fikirkan keseronokan yang sementara. Mereka sangka itu harta mereka, aset mereka. Tetapi material-material tersebut telah ‘merompak poket’ mereka. Itu liabiliti bertopengkan aset.
Tetapi bagi mereka yang berilmu seperti sahabat pembaca ini, tuan-tuan akan rasa menyimpan emas itu merupakan tindakan yang bagus lagi bijak. Kita dapat melindungi sedikit kekayaan kita dalam bentuk emas. Bagaimana emas ni dapat melindungi kekayaan pulak? Sebenarnya kita menyimpan kuasa beli masa hadapan. Makin keliru? Mudah sahaja, mari saya jelaskan.
Simpan emas = Simpan kuasa beli masa hadapan
Tuan-tuan masih ingat berapa ringgit duit poket yang tuan-tuan bawa ke sekolah? Saya darjah satu pada tahun 2001. Abah saya berikan RM 1.40 sahaja untuk berbelanja. RM 1.40 tu cukup untuk beli makanan di kantin. Saya ada duit lebih lagi untuk dimasukkan ke dalam tabung. Tetapi pada hari ini, cuba tengok anak-anak atau adik atau saudara-mara tuan-tuan. Berapa ringgit yang mereka perlukan? Sekurang-kurangnya RM 5. Tetapi dengan RM 5 itu sama saja makanan yang dapat mereka beli dengan zaman kita dulu.
Nampak tak kuasa beli wang kertas semakin merosot? Semua ini disebabkan inflasi. Dunia ini inflasinya makin menaik saban tahun. Tidak pernah pula deflasi. Itu kita cerita dalam skala kecil. Cuba kita tengok dari segi skala besar pula. Saya tanya tuan-tuan. RM 10000 sekarang akan sama tak dengan RM 10000 akan datang? Rumah yang berharga RM 200 ribu mungkin akan meningkat sehingga RM 300 ribu. Tetapi rumah itu tetap sama. Tak makin besar, tak makin kecil.
Cuba pula tengok harga emas. Pernah orang cakap emas murah? Tidak tuan-tuan. Selamanya orang akan cakap emas itu logam yang mahal. Naik turun harga emas dalam jangka pendek itu biasa. Tetapi harga emas sentiasa menaik dalam jangka masa panjang.