Ilmu Emas

Jadi Kaya dengan Simpan Emas

GOLD SAVER ATAU PENYIMPAN EMAS SENTIASA DAN TERPAKSA JADI KAYA

Seorang penyimpan emas tak ambil kisah sangat berapa harga emas semasa. Yang penting, simpanan emas dia bertambah.

Kalau tahun lalu simpanan emas dia cuma 100 gram. Tahun ini, dia akan pastikan simpanan dia bertambah menjadi 150 gram atau 200 gram. Dia happy bila GRAM emas dalam simpanan dia bertambah.

Bila ada emas yang banyak, pastinya dia ada duit yang banyak. Ada emas maksudnya ada duit. Ada duit belum tentu ada emas. Bila nak pakai duit, dia boleh gadai saja emas-emas itu buat seketika. Atau jual saja kalau ada hal yang benar-benar mustahak.

Kalau harga emas murah, gold saver ni suka betul. Sebab bagi penyimpan emas, inilah peluang dia beli emas sebagai aset yang mahal pada harga yang murah! Kalau harga emas mahal pun dia suka sebab aset dia dah naik harga. Masa dia beli dulu, harganya lebih murah.

Selalunya gold saver ni ada satu tabiat yang bagus. Dia akan konsisten beli emas setiap bulan tanpa menghiraukan harga emas. Perlu diingat bahawa harga emas tidak pernah jatuh sehingga kosong! Jadi, dia ‘terpaksa kaya’ dengan menyimpan emas.

Gold saver terpaksa kaya dengan EMAS

Itulah mindset seorang GOLD SAVER. Saya doakan anda juga kaya dengan emas. Aamiin.

 

© Zareen Naqiyah (PG00131385)

 

(Visited 766 times, 1 visits today)
Kongsikan Kepada Rakan Anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp Saya Nak Simpan Emas!