MENGEJUTKAN! KOS HAJI TURUN 80% DALAM MASA 20 TAHUN!
Setiap daripada kita sebagai seorang Muslim, semestinya mengimpikan untuk menunaikan rukun Islam yang kelima ini. Dan semua kita juga tahu kos untuk menunaikan haji memerlukan wang yang agak banyak. Selain isu wang, isu masa juga memainkan peranan yang penting. Kita perlu menunggu giliran yang ditetapkan oleh pihak Tabung Haji. Tempoh masa panggilan haji secara normalnya adalah 50 tahun. Jadi disebabkan dua perkara ini, pengumpulan emas dapat memberikan cara alternatif kepada para bakal jemaah haji.
Apa Kaitan Emas dengan Haji?
Apa yang saya perhatikan, emas dapat membantu kita untuk mengumpul dana haji dalam dua perkara utama iaitu:
- Kos
- Masa
Kos
Contoh mudah yang selalu saya kongsikan tentang kelebihan atau manfaat menyimpan emas adalah tentang kos untuk menunaikan haji. Perbezaan yang amat ketara boleh dilihat dengan hanya sekali pandang.
Kos haji 20 tahun lepas memerlukan RM 8000 untuk jemaah haji menunaikan niat suci mereka. Pada tahun 2017, kos haji tidaklah banyak perbezaannya, sekitar RM 9980. (Rujuk gambar).
Saya berikan situasi atau kronologi mudah untuk anda dapat gambaran dan pemahaman yang lebih jelas.
SITUASI 1:
Anda simpan RM 8000 pada tahun 1998. Wang tidak diusik. Alhamdulillah 20 tahun kemudian, anda dapat panggilan haji pada tahun 2017. Kos haji berjumlah RM9980. Simpanan anda yang diperuntukkan untuk haji cuma RM 8000. Jadi, anda perlu tambah RM 1980.
SITUASI 2:
Bermodalkan RM 8000, anda dapat memiliki 267 gram emas pada tahun 1998. Anda beli emas dan tidak pernah jual emas tersebut sehinggalah tahun 2017. Alhamdulillah dapat panggilan sebagai tetamu Allah. Apabila dikira, anda hanya memerlukan 56 gram emas untuk menyamai nilai wang RM9980. Anda ada lebihan 211 gram emas (267 gram – 56 gram), bersamaan sekitar RM 38191 (211 gram x RM 182).
- RM 182/gram hari ini (25/12/2018)
Jadi, cara mana yang lebih menguntungkan? Bukan sahaja anda dapat menunaikan haji, malah dapat lebihan wang tunai lagi.
P/s: Ini hanya gambaran dan kiraan kasar sahaja. Tetapi kasar pun dah untung RM 38 ribu. Belum lagi dikira penambahan emas yang anda buat sepanjang tempoh 20 tahun tu.
Masa
Keratan akhbar yang saya kongsikan di atas mengatakan kita perlu tunggu kira-kira 50 tahun untuk ke tanah suci! 50 tahun adalah masa yang sangat lama. Wang yang berjumlah RM 8000 tidaklah sukar untuk dihabiskan selama tempoh itu. Malah boleh dihabiskan dalam masa yang sangat singkat!
Sudah menjadi lumrah manusia apabila tengok duit, mesti nak berbelanja. Otak kita kreatif rancang untuk beli pelbagai benda. Berbeza dengan emas, emas memberikan kesan emosi yang mendalam kepada kita. Kita sayang nak jual emas yang kita ada. Walaupun dalam keadaan terdesak, kita masih ambil tempoh bertenang untuk fikir dahulu. Kita tak sewenang-wenangnya jual emas kita. Di akhirnya, emas itu tetap dengan kita sebab kita guna kaedah lain untuk cari duit.
Jadi saranan saya, kumpul emas sebanyak 15 dinar bersamaan 63.75 gram (15 x 4.25 gram). Jumlah ni dah melebihi yang sepatutnya iaitu 56 gram sahaja.
- 1 dinar = 4.25 gram.


Kesimpulan
Saya dapat simpulkan di sini bahawa emas dapat membantu kita mengumpul dana haji dengan lebih efektif. Dari segi kos, kita untung hampir RM 39 ribu. Dan dari segi masa pula, wang kita dapat diselamatkan daripada hangus dibelanjakan. Jadi, sama-sama kita istiqamah dalam mengumpul dana haji dalam bentuk emas untuk menunaikan rukun Islam yang kelima ini. In shaa Allah.
© Zareen Naqiyah (PG00131385)