MANA YANG SESUAI UNTUK SIMPANAN DAN PELABURAN? JONGKONG EMAS ATAU BARANG KEMAS?
Jongkong emas atau dikenali juga sebagai gold bar dan barang kemas (emas perhiasan) ada fungsinya yang tersendiri. Tidak ada salahnya membeli samada jongkong ataupun barang kemas. Semuanya berbalik pada tujuan kita memilikinya.
Jongkong emas fungsinya lebih kepada tujuan simpanan dan pelaburan. Ini adalah kerana spread value atau susut nilainya yang lebih rendah berbanding barang kemas. Susut nilai yang ideal bagi jongkong emas adalah kurang daripada 10%. Apa jadi kalau susut nilai rendah? Anda akan dapat menikmati keuntungan hasil jualan emas itu lebih cepat.
Susut nilai ideal = 10% atau kurang
Barang kemas adalah logam perhiasan yang amat diminati kaum hawa. Tetapi, tahukah anda bahawa susut nilai barang kemas juga amat tinggi?? Nilainya sekitar 25% daripada harga pasaran semasa emas itu. Itu belum lagi ditambah susutnya jika berlaku kerosakan pada emas itu seperti calar, bengkok atau patah. Sudahlah kita membelinya pada harga yang mahal, ditambah kos upah lagi. Tetapi, apabila ingin menjualnya, kita mungkin megalami kerugian.
Susut nilai barang kemas = 25% atau lebih!
Baik, saya berikan anda perbandingan mudah. Jika harga emas meningkat sebanyak 20%, penyimpan jongkong emas sudah boleh menikmati keuntungan sebanyak 10% sebaik dia menjual emas-emasnya. Tetapi, apa terjadi pada penyimpan barang kemas? Dia terpaksa menanggung kerugian 5% jika menjual emas-emas tersebut. Dia boleh juga mendapat keuntungan, tetapi memerlukan masa yang lebih lama.
Jadi, sudah jelas fungsi kedua-dua item ini? Bertindaklah mengikut tujuan masing-masing. Tetapi, ada juga yang ingin sambil menyelam minum air. Dia nak pakai emas dan dalam masa yang sama, dia juga nak melabur dengan barang kemasnya. Saya ada kongsikan bagaimana cara memilih barang kemas untuk mendapatkan keuntungan maksimum DI SINI.
© Zareen Naqiyah (PG00131385)