Ilmu Emas

Harga Emas Bakal Meningkat Tahun 2020!

HARGA EMAS DIJANGKA AKAN BERSINAR PADA TAHUN 2020

Keratan akhbar pada 31/12/2019 melaporkan bahawa Poh Kong Holdings Bhd menjangkakan harga emas bakal naik pada tahun 2020. Kenaikannya boleh mencecah AS$1700 per auns.

Berapa pula harganya dalam RM untuk satu gram emas? Jom kita main kira-kira sikit.

 

Langkah Pertama

Dapatkan harga 1 gram dalam nilai AS$. Satu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Jadi,
AS$1700 ÷ 31.10 gram = AS$54.66/gram

 

Langkah Kedua

Tukarkan 1 gram dalam AS$ kepada RM
AS$54.66 x RM 4.09 (kadar tukaran hari ini) = RM 223.56

 

RM 223.56 itu harga spot iaitu harga emas mentah. Harga yang dijual oleh penjual kepada orang ramai ditambah pula dengan ‘premium over spot price’.

Premium over spot price ini adalah kos-kos yang ditanggung penjual seperti percetakan, penghantaran, insurans, simpanan dan lain-lain lagi.

Jadi, berapa harga akhir yang pembeli perlu bayar untuk 1 gram emas? Baik, mari kita sambung kiraan.

 

Langkah Ketiga

Katakan premium adalah sebanyak 7%
7% x RM 223.56 + RM 223.56 = RM 239.21

 

Maka kita memerlukan RM 239.21 untuk membeli 1 gram emas. Hari ini RM 214 saja. Hoho!

Premium +- 7% dirujuk pada harga Public Gold. Jika premium yang dikenakan sesebuah syarikat lebih tinggi, maka harga yang perlu kita bayar juga semakin tinggi. Belum lagi kira faktor sekiranya RM melemah.

 

Sedikit tips untuk anda berkenaan premium :
i) Premium < 5% = sangat berbaloi beli
ii) Premium < 10% = berbaloi beli
iii) Premium > 10% = tidak berbaloi beli

Pesanan ringkas buat semua sahabat pembaca. Walaupun dah mahir kira-kira sampai berlubang kalkulator, tak ada gunanya kalau tak mula menyimpan. Harga emas tak tunggu kita. Maka, bertindak segera!

 

© Zareen Naqiyah (PG00131385)

 

(Visited 309 times, 1 visits today)
Kongsikan Kepada Rakan Anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp Saya Nak Simpan Emas!