Ilmu Emas

Manfaat Simpan Emas Selain “Buy Low, Sell High”

APAKAH MANFAAT EMAS SELAIN “BUY LOW, SELL HIGH”?

Jika sahabat semua cuma fikir emas ini beli pada harga murah dan jual pada harga mahal, mindset anda salah! Buang jauh-jauh mindset kuno tu.

Manfaat emas tersangatlah banyak sehingga tak terfikir dek akal pun sebelum ni. Nampak gambar di bawah ni? Saya sediakan cantik-cantik khas buat anda yang nak tahu manfaat emas.

 

 

1. Menunaikan Ibadah Haji atau Umrah

Tidak menjadi masalah kumpul dana untuk ke tanah suci ini dalam bentuk wang ringgit. Tetapi sudah menjadi lumrah manusia suka membelanjakan wang. Lagi banyak duit yang dikumpul, lagi ligat otak ni berfikir nak beli itu dan ini. Emas pula bila disimpan, sayang nak jual. Jadi, lebih cepat dana untuk menunaikan haji atau umrah itu mencukupi. Ada satu lagi rahsia kumpul emas untuk haji dan umrah ni. Baca DI SINI.

 

2. Melangsungkan Perkahwinan

Sama macam mengumpul wang untuk ke tanah suci, sahabat juga boleh kumpul emas untuk dijadikan modal perkahwinan. Ajak sekali pasangan simpan emas. Tak pasti bila nak kahwin pun boleh kumpul. Nilai emas tu makin lama makin tinggi. Beli harga RM 10,000 sahaja tetapi selepas lima tahun, nilainya meningkat hampir RM 17,000 (andaikan kenaikan 20% setiap tahun). Ataupun boleh jadikan emas sebagai mas kawin. Baca kisah mereka yang menggunakan emas sebagai mas kahwin DI SINI.

 

3. Sebagai Dana Kecemasan

Dana kecemasan seeloknya disimpan dalam bentuk cash. Bila nak guna, tak perlulah nak jual emas dahulu. Tetapi sukarkan sedikit cara nak ambil cash tersebut. Boleh pilih ASB atau Tabung Haji untuk menyukarkan sedikit proses transaksi dan jangan link-kan akaun tersebut dengan perbankan internet anda.

Kalau jenis ‘panas tangan’ juga, simpanlah dana kecemasan ini dalam bentuk emas. Nak cairkan emas ini menjadi cash tidaklah sesukar mana. Cuma bawa emas anda ke ArRahnu dan anda akan dapat pinjaman dalam bentuk cash serta merta. Prosesnya hanya 10-20 minit sahaja. KLIK SINI untuk pengiraan pinjaman yang diberikan oleh POS ArRahnu.

 

4. Mengeluarkan Zakat

Selalunya apabila kawan-kawan dengar kita simpan emas, terus mereka ingatkan tentang zakat emas. Padahal zakat harta, zakat pendapatan, zakat saham dan lain-lain pun perlu dikeluarkan. Jadi, berbanggalah sebab menjadi penyimpan emas. Kita layak mengeluarkan zakat emas apabila cukup; Nisab: 85 gram dan Haul: 1 tahun. Cukup kedua-dua syarat ini, wajib keluarkan zakat emas sebanyak 2.5% daripada harga emas semasa.

Apabila kita layak mengeluarkan zakat, itu menandakan kita berjaya melepasi penanda aras orang miskin. Selain itu, kita dapat menyucikan harta dan menyuburkan lagi rezeki yang diperoleh. Jadi, tak perlu takut simpan emas. Tak pernah lagi dengar cerita orang makin miskin dengan mengeluarkan zakat. Artikel selanjutnya tentang zakat emas boleh dirujuk DI SINI.

 

5. Wang Persaraan

Statistik yang dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada tahun 2018 menyatakan 64% daripada 7.11 juta pencarum yang berusia 54 tahun hanya mempunyai simpanan kurang RM 50,000. Jika dikira selama mana mereka mampu bertahan dengan wang simpanan ini berdasarkan gaji minimum RM 1200, jawapannya 42 bulan sahaja atau 3 tahun 5 bulan. Selepas itu terpaksa bekerja semula untuk menampung kos kehidupan.

Kita tidak boleh mengharapkan kerajaan semata-mata untuk ‘menyara’ kelangsungan hidup kita selepas bersara. Kita perlu ada inisiatif sendiri dalam membuat simpanan untuk hari tua. Emas boleh dijadikan salah satu instrumen kewangan untuk menampung kos sara hidup kita kelak.

Simpan emas dalam jangka masa panjang sangatlah mudah. Tak perlu tengok graf selalu. Tak perlu runsing harga naik atau turun. Dalam jangka masa pendek memang ada naik turunnya. Tetapi untuk jangka masa panjang pasti naik! Berapa puluh tahun lagi nak bersara? 10 tahun? 20 tahun? 30 tahun? Tidakkah harga emas akan meningkat dalam masa itu. Emas penyimpan nilai yang unggul dan mampu melawan inflasi. Menabunglah emas segera sebelum menjadi warga emas!

 

6. Modal Perniagaan

Semasa artikel ini ditulis, wabak Koronavirus atau COVID-19 sedang menular di seluruh dunia. Malaysia juga tidak terkecuali. Pasaran saham, harga minyak dan lain-lain lagi mengalami kemerosotan. Keadaan ini menyebabkan berlakunya ketidakstabilan ekonomi di negara kita. Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa memakai topeng muka (face mask) dan menggunakan pembersih tangan (hand sanitizer). Rata-rata di farmasi, kedua-dua benda ini sudah habis dijual.

Saya lihat ramai yang ambil peluang berbisnes ketika ini termasuk beberapa orang sahabat saya. Dengan ekonomi yang tak menentu, mereka ambil peluang memperbaiki ekonomi sendiri sambil membantu ramai orang mencegah daripada dijangkiti COVID-19.

Nak berniaga mesti ada modal. Walau macam mana hebat sekalipun keuntungan daripada sesuatu perniagaan, tetapi kalau kita tak ada modal untuk memulakan, apa gunanya? Boleh duduk dan tengok saja orang lain raih keuntungan.

Kalau ada emas, bila-bila masa boleh cairkan emas itu menjadi wang tunai di ArRahnu dan mulakan perniagaan. Bila dah dapat untung, tebus semula emas anda. Untung dapat, emas pun masih di tangan.

 

7. Downpayment Rumah

Semua orang mesti megimpikan untuk memiliki rumah walaupun sebuah. Seperti sedia maklum, harga rumah tak murah. Rumah adalah aset dan harga sesuatu aset akan sentiasa mahal dan menaik. Sebagai contoh, jika anda nak beli rumah terpakai (subsale), anda mesti ada sekurang-kurangnya 10% daripada harga rumah tersebut. Anda perlu sediakan RM 20,000 untuk rumah yang berharga RM 200,000.

Susah ke senang nak kumpul RM 20,000? Kumpul dalam bentuk wang ringgit memang terasa perit tetapi kalau kumpul dalam bentuk emas pasti rasa senang. Amalkan sikap 1 gram 1 bulan. Lebih mudah nak capai target sebab emas ni kita suka bila tengok gramnya bertambah. Dah ada 10 gram, nak tambah jadi 50 gram. Dah ada 50 gram, nak tambah jadi 100 gram pulak. Lama-lama membukit emas tu dan anda boleh jual atau pajak untuk ditukarkan kepada aset yang lebih besar iaitu rumah.

 

8. Dana Pendidikan Tinggi Anak-Anak

Alhamdulillah sekarang ini kita ada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Bagaimana jika 20 tahun akan datang, pinjaman ini dimansuhkan? Apakah nasib anak-anak anda yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Sebagai ibu bapa yang mulia, saya pasti anda tidak sampai hati melihat impian cahaya mata anda terkubur begitu sahaja.

Sebagai alternatif, anda boleh mengumpul dana pendidikan tinggi buat anak-anak anda. Sesudah anak anda didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan mendapat MyKid, daftar terus akaun emas GAP untuk anak anda. Ianya ibarat tabung untuk dana pendidikannya. Apabila usia anak anda sudah menginjak 18 tahun, dia sudah ada 216 gram emas apabila anda menggunakan konsep 1 gram 1 bulan. Berdasarkan harga emas semasa hari ini (16/3/2020) iaitu RM 223 segram, nilainya mencecah RM 48,168!!

18 tahun x 12 bulan = 216 gram

Ianya sudah mencukupi untuk anak anda melanjutkan pelajaran tanpa perlu berhutang. Sanggupkah anda melihat anak remaja anda yang baru nak mengenal dunia dibebani hutang? Dengan meringankan beban anak-anak ini, mereka mampu fokus kepada pembinaan aset sesudah menamatkan pelajaran. Mereka akan berada satu langkah di hadapan daripada rakan-rakan mereka yang terpaksa melangsaikan hutang pelajaran dalam masa yang sama membina aset.

Kalau anak anda sudah berumur lima tahun atau belasan tahun sekalipun, ianya masih belum terlambat untuk bermula. Sekurang-kurangnya usaha anda itu dapat membantu sedikit sebanyak dalam perjalanan mereka mengharungi sesi pengajian.

 

 

Banyak kan yang anda boleh buat dengan emas selain “buy low, sell high“? Saya cuma senaraikan lapan manfaat. Terlalu banyak lagi perkara yang anda boleh lakukan jika anda ada simpanan. Semakin kreatif anda berfikir, semakin menarik hasilnya. Jom mula simpan emas walaupun 1 gram!

 

© Zareen Naqiyah (PG00131385)

 

(Visited 27 times, 3 visits today)
Kongsikan Kepada Rakan Anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp Saya Nak Simpan Emas!