Ilmu Emas

Gadai Emas Di POS ArRahnu

SELAIN SERVIS POS BARANG DAN BAYAR BIL, POS MALAYSIA JUGA SEDIAKAN SERVIS PAJAK GADAI ISLAM.

Terlalu banyak kemudahan yang ditawarkan oleh syarikat gergasi Malaysia ini dari pengeposan bArang, pembayaran bil, pembaharuan lesen dan cukai jalan dan banyak lagi. Pos Malaysia melangkah satu langkah lagi ke hadapan apabila memperkenalkan servis pajak gadai Islam pula yang dinamakan sebagai POS ArRahnu. Artikel kali ini saya nak kongsikan tentang empat perkara utama yang anda perlu tahu tentang gadaian emas di POS ArRahnu.

 

1. Berapa nilai emas (dipanggil nilai marhun) anda sewaktu proses gadaian?

POS ArRahnu menerima gadaian berupa kemas dan juga jongkong emas. Jika sahabat semua ke pejabat pos, perasan tak gambar seperti di bawah ni? Nombor-nombor yang tertera dalam jadual itu menunjukkan (dari kiri):

  • Mutu Emas = Jenis-jenis atau ketulenan emas bermula yang paling tinggi hingga paling rendah.
  • Gadaian (RM) = Nilai marhun bagi setiap gram emas tersebut jika digadaikan.
  • Belian (RM) = Nilai belian mengikut gram oleh POS ArRahnu sekiranya sahabat jual emas di sana.

 

Nilai marhun dan belian emas mengikut ketulenan pada 4/3/2020. Harga ini berubah setiap hari.

 

2. Berapa banyak pinjaman yang POS ArRahnu berikan kepada anda?

Sebagai contoh, katakan anda ingin menggadaikan sekeping jongkong emas Public Gold seberat 10 gram berketulenan 999.9. POS ArRahnu beri pinjaman 75% daripada nilai emas. Mula-mula sekali, anda tengok harga gadaian harian ArRahnu (rujuk gambar di atas). Daripada harga tersebut, anda boleh buat pengiraan.

i) Nilai emas anda (nilai marhun) pada hari tersebut adalah: RM 222.85 x 10 gram (harga emas 999.9) = RM 2228.50

ii) Berapa pinjaman Arrahnu POS beri kepada anda?: 75% x RM 2228.50 = RM 1671.40

 

Jongkong emas 10 gram Public Gold (depan)
Jongkong emas 10 gram Public Gold (belakang)

 

3. Berapa upah simpan yang anda kena bayar?

Untuk kiraan upah simpan, anda kena faham betul-betul. POS ArRahnu caj upah simpan untuk keseluruhan nilai marhun, bukan nilai pinjaman. Upah simpan mereka adalah 0.85 sen/bulan untuk setiap RM 100 nilai emas (marhun).

Jadi pengiraan upah simpan sebulan adalah seperti berikut: (RM 2228.50/100) x 0.85 = RM 18.95 sebulan

Memandangkan kontrak ArRahnu adalah untuk 6 bulan, maka jumlah upah simpan yang anda kena bayar adalah RM 18.95 x 6 bulan = RM 113.70 (Anda boleh tebus awal, tak ada masalah. Upah simpan mereka kenakan mengikut bilangan bulan).

 

Berapa kena bayar waktu tebus?: Nilai pinjaman + Upah simpan

i) Kalau anda gadai selama 6 bulan, maka anda bayar RM 1671.40 + RM 113.70 = RM 1785.10

ii) Kalau anda gadai sebulan saja, maka anda bayar RM 1671.40 + RM 18.95 = RM 1690.35

 

4. Berapa lama tempoh kontrak pinjaman?

Setelah 6 bulan berlalu dan anda tak mahu tebus lagi, maka anda boleh lanjutkan tempoh gadaian selama 6 bulan lagi. Anda hanya bayar upah simpan 6 bulan dan POS ArRahnu akan buat surat lanjutan. Lepas setahun, kalau nak lanjut tempoh lagi, maka POS ArRahnu akan buat penilaian semula harga emas dan bagi surat baru.

 

Mudah saja kan nak dapatkan cash dengan emas? Prosesnya pun sebentar sahaja, sekitar 10-20 minit (lagi banyak surat gadaian, lagi lebih masa diperlukan untuk proses selesai). Beruntunglah anda yang ada emas sebab tak perlu meminjam sana sini dan buat loan bank. Ada emas pasti ada duit!

 

© Zareen Naqiyah (PG00131385)

 

(Visited 19,307 times, 1 visits today)
Kongsikan Kepada Rakan Anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp Saya Nak Simpan Emas!