ANTARA DUIT DAN EMAS. MANA SATU LEBIH BERMAKNA UNTUK DIJADIKAN MAS KAHWIN?
Perasan tak kalau sahabat menghadiri majlis akad nikah saudara-mara, kawan-kawan atau jiran tetangga, ada antara mereka memilih emas sebagai mas kahwin. Apa istimewanya emas berbanding duit kertas? Baca kisah-kisah di bawah ini dan anda nilai sendiri.
Selebriti terkenal tanah air, Datuk M. Nasir berikan 13 keping 1 dinar sebagai mas kahwin buat isterinya, Marlia Musa. Pada masa itu harga 13 keping dinar cuma RM 2000. Selepas 20 tahun berlalu, nilainya sudah mencecah RM 11,089! (merujuk kepada harga dinar 22k Public Gold pada 15/3/2020. Jika dinar 24k, harganya RM 12,298!). Lebih lima kali ganda nilainya.
Salah seorang sahabat saya di MRSM Transkrian juga memberikan 5 dinar sebagai mas kahwin kepada isterinya. Mereka melangsungkan perkahwinan pada tahun 2019 dan purata harga bagi setiap gram pada tahun itu adalah RM 190. Jadi, 5 dinar (5 x 4.25 = 21.25 gram) bersamaan RM 4037.50. Harga emas tertinggi pada tahun 2020 setakat ini adalah RM 240 segram. Ini menjadikan nilai mas kahwin itu sudah meningkat kepada RM 5100. Peningkatan sebanyak lebih RM 1000 dalam masa setahun! Dinar ini dapat menjadi aset buat si isteri dan semestinya lebih bertahan lama daripada wang. Selain nilainya yang semakin meningkat, mas kahwin itu juga dapat mereka gunakan sebagai modal pelaburan, dana kecemasan di waktu memerlukan dan sebagainya.
Dua orang sahabat saya di UTM juga memilih emas sebagai mas kahwin. Si suami memberikan seutas rantai tangan emas kepada si isteri. Mereka juga bernikah pada tahun 2019. Andaikan berat rantai tangan itu 20 gram dan harganya RM 4000 (andaikan harga purata emas 916 tahun 2019 adalah RM 200). Merujuk kepada harga yang dicadangkan oleh Harga Persatuan Peniaga Emas Malaysia (FGJAM) untuk emas 916 pada hari ini (15/3/2020) adalah RM 250 segram. Jadi, nilainya sudah meningkat menjadi RM 5000! Barang kemas ni memang orang perempuan suka. Niat nak jual tu memang jauh sekali. Suami tercinta pula yang berikan. Mesti sayang nak jual. Setuju?
Anda nampak apa yang Datuk M. Nasir dan sahabat-sahabat saya nampak? Emas bernilai sepanjang zaman. Nilainya akan menaik dalam jangka masa panjang. Harga nasi lemak dan kuih karipap pun naik harga, inikan pula emas. Jadi, pertimbangkan emas sebagai mas kahwin anda ya! In shaa Allah kekal lebih lama berbanding wang kertas.
© Zareen Naqiyah (PG00131385)