BILA EMAS MAHAL? BILA EMAS MURAH? BERBALOI KE BELI SEKARANG? KE TUNGGU DULU?
Ini merupakan persoalan yang selalu difikirkan oleh bakal penyimpan atau pelabur emas. “Sekarang emas mahal ke?” “Sekarang emas murah ke?” Akhirnya 2-3 tahun, asyik berfikir sahaja. Tidak juga beli emas. Rugi tuan-tuan dan puan-puan.
Baik, untuk menjawab persoalan ini, hanya ada SATU formula yang acap kali disarankan oleh mentor-mentor emas. MULA! Ya, mula membeli emas supaya kita ada benchmark (penanda aras) sendiri.
Cara paling mudah untuk mewujudkan benchmark ini adalah dengan bermula serendah 1 gram. Pada tahun 2015, harga 1 gram emas adalah sekitar RM 147. Hari ini RM 182/gram (25/12/2018). Harga emas pada 2015 tidak murah pada masa itu, tetapi murah pada hari ini. Setuju? Begitu juga harga emas hari ini akan menjadi murah jika dibandingkan dengan harga emas beberapa tahun akan datang.
Wujudkan benchmark untuk cepat faham mahal atau murah harga emas
Saya bercakap berdasarkan apa yang saya lalui. Saya bermula dengan RM 188/gram. Tinggi bukan? Kenapa tinggi? Sebab berdasarkan benchmark saya, harga hari ini (RM 182/gram) lebih murah berbanding harga pada masa itu. Sepanjang saya menyimpan emas, ada juga masanya harga emas hanya RM 165/gram! Suatu angka yang saya boleh katakan terlalu murah! Boleh dikatakan masa untuk memborong emas.
Jadi, bermulalah walau 1 gram. Anda akan faham secara berperingkat nanti. In shaa Allah. Apa pula risiko tidak menyimpan emas semasa anda sudah pun berfikir untuk ke arah itu? Saya percaya duit yang anda nak beli emas tu akan dibelanjakan untuk benda lain. Semakin hari anda semakin terlepas peluang membina kekayaan dengan menyimpan emas.
Ketika anda sudah berniat untuk simpan emas, dan anda ada duit lebihan ketika itu, saya syorkan anda mula secepat mungkin. Jangan berlengah lagi. Anda sudah satu tapak ke hadapan untuk membina kekayaan dengan menyimpan emas. Menyimpan emas juga makin mudah sekarang. Boleh beli secara online 24 jam melalui Akaun Emas GAP Public Gold. Mudah, murah, selamat dan patuh syariah.
Selamat berjaya sahabat!
© Zareen Naqiyah (PG00131385)