• uncategorized

    Apa Itu SEPP?

    MACAM MANA PROSES PEMBELIAN EMAS SECARA SEPP NI? Kaedah belian emas secara Syariah Easy Payment Purchase (SEPP) ini tak susah pun malah memudahkan sahabat yang kurang mampu untuk membeli secara Outright Purchase. Dalam bahasa mudahnya, SEPP ini seperti kutu emas. Biasanya akan ada seorang ‘mak kutu’ yang pegang emas tersebut dan ‘anak kutu’ akan menunggu giliran masing-masing mengikut bulan. Tetapi di Public Gold ianya tidak disebut kutu emas dan proses pembeliannya pun tidak 100% seperti itu. SEPP ini hanya melibatkan diri anda dan Public Gold sahaja. Tidak ada pihak lain. Jadi, tak perlu risau mak kutu menghilangkan diri dan sebagainya. Untuk pengetahuan semua, main kutu adalah satu kesalahan di bawah…

  • uncategorized

    Public Gold Scam?

    “MACAM MANA SAYA NAK PASTIKAN PUBLIC GOLD NI BUKAN SCAM?” Ada juga sesekali saya dapat pertanyaan macam ni. Maklumlah dari dulu sampai sekarang, ada saja kes-kes Skim Cepat Kaya yang bertopengkan emas. Kerugian yang dialami bukannya sedikit. Puluhan ribu hingga ratusan ribu ringgit! Habis titik peluh yang dikumpul dan disimpan selama ini lesap dalam sekelip mata. Jadi, saya puji tindakan sahabat yang bertanya begini. Ini bermaksud sahabat semua berhati-hati dalam memilih syarikat untuk memulakan simpanan ataupun pelaburan emas. Di bawah ini saya kongsikan 10 informasi yang boleh menghilangkan kegusaran anda terhadap bisnes yang dijalankan oleh Public Gold.   1. Syarikat Pelaburan Emas Terbesar di Malaysia Sejak 2008 Public Gold (PG)…

  • Penghargaan oleh Public Gold

    Monthly Awards & Recognition

    MONTHLY AWARDS & RECOGNITION Anugerah ini diberikan setiap bulan kepada dealer aktif Public Gold yang mencapai personal sale pada bulan tersebut. Ianya merupakan penghargaan atas usaha gigih seseorang dealer itu membantu masyarakat menyimpan dan melabur emas dengan ilmu yang betul. Alhamdulillah sudah tiga kali saya dianugerahkan penghargaan ini oleh Public Gold. Saya sangat berterima kasih kepada semua pihak terutamanya penyimpan-penyimpan emas hebat bawah bimbingan saya, staf yang banyak membantu, rakan-rakan dealer yang berkongsi ilmu serta keluarga tercinta yang tak putus-putus memberikan sokongan dan dorongan.   Dengan penghargaan ini, ia menjadi pembakar semangat untuk saya berusaha lebih kuat lagi dalam memandaikan penyimpan emas sedia ada dan masyarakat di luar sana agar bijak…

  • Ilmu Emas

    Zakat Emas Simpan, Emas Perhiasan dan Perak

    “SIMPAN EMAS TU JANGAN LUPA BAYAR ZAKAT” Bila saya sarankan simpan emas, selalu ada yang berpesan macam ayat di atas ni. Saya nak kongsi sikit. Daripada pengalaman saya, saya boleh katakan penyimpan emas lebih ingat tentang zakat berbanding mereka yang tak simpan emas. Orang yang simpan emas, baru beli 1 dinar (4.25 gram) emas pun dah sibuk fikir dan tanya tentang zakat. Walhal, 85 gram (bersamaan 20 dinar) barulah diwajibkan zakat. Sedangkan orang simpan duit dalam akaun bank, kita boleh katakan lebih banyak yang lupa bayar zakat walaupun duit simpanan di bank pun sebenarnya dikenakan zakat sama macam zakat emas juga. Sepatutnya orang yang tak simpan emas tu kena selalu…

  • Ilmu Emas

    Gadai Emas Di POS ArRahnu

    SELAIN SERVIS POS BARANG DAN BAYAR BIL, POS MALAYSIA JUGA SEDIAKAN SERVIS PAJAK GADAI ISLAM. Terlalu banyak kemudahan yang ditawarkan oleh syarikat gergasi Malaysia ini dari pengeposan bArang, pembayaran bil, pembaharuan lesen dan cukai jalan dan banyak lagi. Pos Malaysia melangkah satu langkah lagi ke hadapan apabila memperkenalkan servis pajak gadai Islam pula yang dinamakan sebagai POS ArRahnu. Artikel kali ini saya nak kongsikan tentang empat perkara utama yang anda perlu tahu tentang gadaian emas di POS ArRahnu.   1. Berapa nilai emas (dipanggil nilai marhun) anda sewaktu proses gadaian? POS ArRahnu menerima gadaian berupa kemas dan juga jongkong emas. Jika sahabat semua ke pejabat pos, perasan tak gambar seperti di…

  • Ilmu Emas

    Emas Sebagai Mas Kahwin

    ANTARA DUIT DAN EMAS. MANA SATU LEBIH BERMAKNA UNTUK DIJADIKAN MAS KAHWIN? Perasan tak kalau sahabat menghadiri majlis akad nikah saudara-mara, kawan-kawan atau jiran tetangga, ada antara mereka memilih emas sebagai mas kahwin. Apa istimewanya emas berbanding duit kertas? Baca kisah-kisah di bawah ini dan anda nilai sendiri. Selebriti terkenal tanah air, Datuk M. Nasir berikan 13 keping 1 dinar sebagai mas kahwin buat isterinya, Marlia Musa. Pada masa itu harga 13 keping dinar cuma RM 2000. Selepas 20 tahun berlalu, nilainya sudah mencecah RM 11,089! (merujuk kepada harga dinar 22k Public Gold pada 15/3/2020. Jika dinar 24k, harganya RM 12,298!). Lebih lima kali ganda nilainya.     Salah seorang…

  • Ilmu Emas

    Manfaat Simpan Emas Selain “Buy Low, Sell High”

    APAKAH MANFAAT EMAS SELAIN “BUY LOW, SELL HIGH”? Jika sahabat semua cuma fikir emas ini beli pada harga murah dan jual pada harga mahal, mindset anda salah! Buang jauh-jauh mindset kuno tu. Manfaat emas tersangatlah banyak sehingga tak terfikir dek akal pun sebelum ni. Nampak gambar di bawah ni? Saya sediakan cantik-cantik khas buat anda yang nak tahu manfaat emas.     1. Menunaikan Ibadah Haji atau Umrah Tidak menjadi masalah kumpul dana untuk ke tanah suci ini dalam bentuk wang ringgit. Tetapi sudah menjadi lumrah manusia suka membelanjakan wang. Lagi banyak duit yang dikumpul, lagi ligat otak ni berfikir nak beli itu dan ini. Emas pula bila disimpan, sayang…

  • Kewangan

    The Richest Man in Babylon

    The Richest Man in Babylon oleh George S. Clason Harga : RM 18.00 Tebal : 180 mukasurat Penerbit : PTS Professional Buku ini merupakan buku kewangan pertama yang saya baca. Alhamdulillah saya berjumpa dengan sebuah buku yang amat menarik. Saya menjadi lebih faham tentang ilmu kewangan dan asbab membaca buku inilah saya menceburi bidang emas sehingga sekarang. Penulis menggunakan gaya penceritaan yang mudah difahami. Ianya seakan-akan membaca sebuah novel sahaja tetapi mesej yang hendak diketengahkan penulis itu berjaya sampai ke hati pembaca. Objektif buku ini adalah untuk mendedahkan kepada kita semua tentang cara-cara mengatasi masalah poket kering. Babylon terkenal sebagai bandar paling kaya dengan timbunan harta tidak ternilai. Tetapi sampai…

  • Pendidik Emas Bertauliah

    Jutawanemas Leadership Training (JLT) Setapak, Kuala Lumpur 2019

    Bagi memastikan diri saya sentiasa ‘updated’ dengan ilmu emas dan juga kekal relevan dalam bisnes emas, saya akan paksa diri sekurang-kurangnya setahun sekali untuk menghadiri training atau kursus dealer Public Gold. Saya bukan hanya menyimpan emas seorang diri tetapi ada ramai penyimpan emas yang percayakan dealership saya. Jadi, saya perlu sentiasa mengemas kini pengetahuan dalam bidang ini bagi membantu mereka yang berada bawah bimbingan saya untuk menyimpan emas dengan ilmu yang betul. Alhamdulilah pada 7-8 Disember 2019, saya menghadiri Jutawanemas Leadership Training (JLT) buat kali keduanya yang diadakan di Bilik Seminar Kuala Lumpur, Setapak, Kuala Lumpur. Penyertaan dealer kali ini amat memberangsangkan jika dibandingkan dengan JLT pertama saya pada 2018.…

  • Ilmu Emas

    Hadiah Dari Saya

    HADIAH DARI SAYA, ZAREEN NAQIYAH! Pertama sekali, saya puji tindakan para pembaca yang bersungguh-sungguh mencari ilmu emas sebelum memulakan simpanan ataupun pelaburan emas. Aset yang paling mahal bukan emas, perak, hartanah atau apa sahaja tetapi ilmu. Jika anda ada harta setinggi gunung pun, ianya akan habis begitu sahaja tanpa ilmu yang betul. Jadi, ebook ini saya hadiahkan buat anda untuk lebih mengenali logam mulia yang bernama emas ini. Semoga bermanfaat!     1. Ebook 5 Minit Review Tentang Emas 2.   Satu lagi, aset yang paling berharga selain ilmu adalah masa. Apabila anda sudah memahami sedikit sebanyak ilmu emas dan sudah kenal pasti platform atau syarikat yang betul, mulakan segera.…

WhatsApp Saya Nak Simpan Emas!